Selepas keluar penjara, lelaki cari dan rogol bekas isteri 2 kali
JAKARTA – Seorang warga Karang Duwek di wilayah Jawa Timur ditangkap polis setelah baru bebas dua minggu dari penjara berikutan kes melakukan penganiayaan, lapor portal berita antvklik hari ini.
Pemuda berusia 21 tahun itu kembali semua menjadi tahanan kerana dia bertindak merogol bekas isterinya, baru-baru ini.
Menurut pegawai polis Bangkalan, Wiwit Ari Wibisono, pada mulanya dia dijangka akan disambut oleh bekas isterinya ketika keluar dari tahanan tetapi situasi tersebut tidak berlaku.
Namun, pelaku bertindak menghubungi bekas isterinya melalui telefon, katanya.
Setelah mereka bertemu, lelaki tersebut membawa bekas isterinya ke tengah hutan atau kebun hingga berlakunya pemerkosaan dengan mangsa ditinggalkan di lokasi kejadian.
Wiwit berkata, pemuda berkenaan datang lagi ke tempat kejadian dan melakukan perbuatan yang sama buat kali kedua dan selepas melakukannya, dia membawa bekas isterinya pulang dan memintanya tidak mendedahkan perkara tersebut kepada orang lain.
Menurut portal berita tv1nenews.com, berikutan itu dia ditahan dan berdepan hukuman maksimum 12 tahun penjara jika didapati bersalah. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Shahrizat serah borang tanding Ketua Wanita UMNO
- Telekung Siti Khadijah, beli dulu bayar kemudian
- Kos selenggara kenderaan menteri era Muhyiddin tertinggi
- Jual nasi lemak RM1 pun jadi kesalahan (Video)
- Anak potong payu dara ibu akibat dadah
- Ramai pemimpin UMNO tidak hormat institusi Presiden
- DUN Batang Kali diisytihar kosong, Harumaini pertimbang tindakan undang-undang
- Pencuri seluar dalam ditangkap nyaris telanjang
- Polis kesan suspek kes langgar lari, seret mangsa 40 meter
- Dituduh Parkir Kereta Sesuka Hati, Jawapan YB Zahir Buat Netizen Geli Hati
- Jangan ‘koyak’ Rayer, Siti Mastura
- MP PAS dakwa Menu Rahmah dedah pengguna pada kanser, autisme
- Hafidz Roshdi didakwa curang, isteri luah perasaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET