King of Muay Thai ‘Rodtang’ sah memeluk Islam, kahwini gadis Selatan Thai [VIDEO]

King of Muay Thai Rodtang Jitmuangnon yang juga peserta Thailand yang menyertai pertandingan program seni mempertahankan diri, ONE Championship, mengesahkan dia memeluk agama Islam dan berkahwin dengan gadis Muslim, lapor portal berita South China Morning Post semalam.

Dia yang terkenal dengan gelaran ‘Raja’ seni mempertahankan diri Muay Thai, mengahwini rakan seperjuangannya, Aida Looksaikongdin dalam perkahwinan tradisi masyarakat Islam.



Setelah menjadi sami Buddha pada bulan lalu, warga Thailand berusia 25 tahun itu kini mengesahkan dia memilih untuk mengikut agama isterinya dan bernikah dengan Aida di selatan Thailand pada minggu lalu.

Apabila seorang peminat bertanya kepadanya, adakah anda beragama Islam berikutan perkahwinannya dengan Aida yang turut muncul di hadapan kamera dalam video Instagram, Rodtang menjawab: “Ya, Alhamdulillah”.

“Kami menjadikannya saudara, dia Islam sekarang,” tambah jurubahasanya.



Peminat-peminat lain, ramai daripada mereka dari Malaysia turut mengucapkan tahniah atas perkahwinannya dan penukaran agamanya dengan seorang peminat berkata: “Selamat Memeluk Islam”. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?



‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker