Fatwa politik PAS sentiasa berubah, ahli jangan takut ubah undi

Fatwa politik PAS sentiasa berubah, ahli jangan takut ubah undi

Ahli PAS tidak perlu takut untuk memberikan undi mereka kepada parti selain daripada parti Islam itu, kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata ‘fatwa politik’ PAS sentiasa berubah dari semasa ke semasa mengikut keperluan parti itu.



“Saya (dahulu) sebagai timbalan presiden PAS, waktu itu kami menganut iaitu pangkah selain daripada PAS berdosa.

“Tetapi kemudian berkawan dengan Umno, (tubuh) Muafakat Nasional, berkawan dengan Umno (PAS kata) adalah satu anugerah Allah. Berubah dah.

“(PAS tuduh) DAP komunis, DAP jahat. 2008, 2013 tahaluf siasi dengan DAP. Ertinya DAP baik pula.

“Sebab tu ahli-ahli PAS yang dengar malam ini melalui live telecast, jangan takut untuk ubah undi,” katanya ketika berucap pada program ‘Jelajah Mega Madani Negeri Selangor’ yang diadakan di Shah Alam, malam tadi.



Program itu turut menampilkan timbalan pengerusi DAP Gobind Singh Deo, naib presiden PKR dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, serta Ketua Pemuda PKR, Adam Adli Abdul Halim.

Sementara itu, Mat Sabu turut menyeru pengundi Selangor agar menjadikan pilihan raya negeri (PRN) bagi menoktahkan politik perkauman.

Dia memberikan beberapa contoh isu perkauman yang dimainkan pembangkang termasuk menyamakan Pulau Pinang yang dikuasai PH, seperti Israel.

“Yang tu paling jahat. Berapa orang dah orang Islam dah dibunuh di Pulau Pinang? Ada ke tak?



“Tapi celupar mulut celaka-celaka ini sentiasa mainkan isu-isu perkauman seperti itu. Hadirin sekalian, kita noktahkan isu perkauman ini, boleh ke tidak?” katanya. Mk

Fatwa politik PAS sentiasa berubah, ahli jangan takut ubah undi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya



Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker