Khairuddin jadi setiausaha eksekutif Majlis Ulama Umno – sumber

Khairuddin jadi setiausaha eksekutif Majlis Ulama Umno – sumber

Bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Mohd Khairuddin Aman Razali, kini diberi kepercayaan menggalas tugas penting dalam Majlis Ulama Umno yang ditubuhkan pada bulan lalu.

Menurut sumber dalaman Umno, pemilihan Mohd Khairuddin itu dibuat berdasarkan pengalamannya selama ini termasuk menjadi pemimpin kanan dalam badan penting serta berkhidmat sebagai ahli parlimen Kuala Nerus.



“Khairuddin mempunyai pengalaman yang cukup luas khususnya ketika bersama dengan PAS,” kata sumber itu kepada Malaysiakini, semalam.

Turut dilantik mengisi jawatan penting dalam Majlis Ualam Umno itu ialah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom.

Jamil Khir dipilih sebagai timbalan pengerusi badan berkenaan.

“Khairuddin dilantik sebagai setiausaha eksekutif Majlis Ulama Umno manakala Jamil Khir menjadi timbalan pengerusi,” katanya.



Majlis Ulama PAS ditubuhkan selepas Perhimpunan Agung Umno 2022 bulan lalu sebagai salah satu pembaharuan dibuat parti itu selepas mereka tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15.

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dusuki Ahmad dilantik sebagai ketua.

Pada 17 Jan lalu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mohd Khairuddin dilantik menyertai Majlis Ulama Umno melalui satu hantaran Facebook selepas mengadakan pertemuan dengan Dusuki.

Sementera itu, Mohd Khairuddin ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengesahkan perkara itu dan meminta supaya menunggu pengumuman yang akan dibuat pad a mesyuarat bakal berlangsung 27 Feb ini.



Katanya, mesyuarat yang julung kali diadakan itu akan memperincikan struktur Majlis Ulama Umno.

“Mesyurat pertama Majlis Ulama (Umno) 27 Feb nanti akan diumumkan struktur majlis,” katanya ketika dihubungi. Mk

Khairuddin jadi setiausaha eksekutif Majlis Ulama Umno – sumber

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai

Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar



Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker