Selepas makanan kini ‘Baju Raya Rahmah’ pula
JITRA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhasrat untuk memperkenalkan program ‘Baju Raya Rahmah’ dalam usaha membantu golongan memerlukan menghadapi persediaan menyambut perayaan Aidilfitri.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, untuk itu beliau telah mengadakan satu sesi libat urus dengan pemain industri tekstil ataupun pakaian dan minggu depan pihak berkenaan akan memberikan maklum balas berserta maklumat berkaitan kepada pihak kementerian.
Salahuddin berkata, beliau sendiri akan mengumumkan syarikat atau gedung pakaian yang akan terlibat dalam program itu nanti yang prinsipnya pihak syarikat atau gedung berkenaan mungkin akan memfokuskan kepada baju raya asas melibatkan pakaian wanita dan lelaki serta anak-anak.
“…mereka akan tawarkan pada harga Rahmah, itu saya akan umum kemudianlah, tetapi libat urus itu memang telah berlaku. (Maklum balas mereka dalam sesi libat urus itu) memang positif dan mereka bersedia. Sebagaimana Menu Rahmah, kita juga tidak mengamalkan apa dikatakan pemaksaan.
“Kita tak letak apa-apa peraturan atau syarat, tetapi mereka melakukan dengan secara sukarela,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis sumbangan kembali ke sekolah dan program KPDN Kedah di Kodiang dekat sini hari ini.
Dalam pada itu, Salahuddin berkata, restoran makanan segera McD juga akan terlibat sama dalam Program Menu Rahmah yang dilancarkan KPDN dengan pihak restoran itu akan memberikan keputusan mengenai menu bersesuaian pada minggu depan.
“…mereka nak bincang dari segi menu sebab pasal dia syarikat multinasional, jadi nak kait dengan Rahmah itu (perlu) selesaikan dari segi peraturan saja…secara prinsipal apabila mereka datang berjumpa kami itu, mereka menyatakan kesediaan untuk sertai Menu Rahmah ini,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, sejumlah 70 premis makanan di Kedah setakat hari ini memberikan maklum balas bersetuju untuk menyertai Program Menu Rahmah.
“Saya difahamkan KPDN Kedah merancang untuk menambah sehingga 150 (premis makanan) lagi. Ini merupakan satu usaha yang saya rasa sangat murni dan berkesan untuk kita membantu kepada mereka yang sangat memerlukan Menu Rahmah ini,” katanya.- Bernama
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin dakwa rakyat marah dengan tuduhan Anwar, yakin PN ‘tarah’ 6 negeri
- ‘Kera Hulu Langat, Pendang Beruk’ selesai dan berdamai
- MB Johor sahkan tidak bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia tetapi hanya ketua bahagian
- Jimat kos jika tempoh haji pendek
- KJ mulakan tugas sebagai DJ di Hot FM, menang ‘selfie’, kalah undi
- Salt Bae janji 5,000 hidangan sehari kepada mangsa gempa bumi
- Anisha Isa-Kalebic – Kekasih Putera Mateen
- Rohingya kembali ‘jajah’ Pasar Borong Selayang, PBT pergi mana? [VIDEO]
- Rider dibantai berjemaah, isteri datang tolong (Video)
- Raysha Rizrose sudah bertunang
- Isteri saman, tuntut cerai suami sembunyikan kemenangan loteri RM6.4 juta
- Ira Kazar dan keluarga berhadapan dengan prosiding hina mahkamah oleh Puteri Sarah
- Tiada pengecualian bayaran balik PTPTN graduan kelas pertama, kata menteri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar