Rakyat bukan nak tengok anak PM pegang jawatan, sindir Muhyiddin
Rakyat bukan nak tengok anak PM pegang jawatan, sindir Muhyiddin
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim melantik anaknya sebagai pembantu.
Katanya, walaupun pelantikan itu tidak disertakan pemberian gaji, ia boleh menimbulkan percanggahan kepentingan.
“Berhentilah bermain politik dan membuat keputusan cakap tak serupa bikin. Misalnya, tiba-tiba ada dasar menteri-menteri boleh lantik anak beranak sebagai pegawai.
“Walaupun tidak mengambil gaji, pelantikan ini boleh menimbulkan percanggahan kepentingan, atau dengan izin ‘conflict of interest’, dan berbaur nepotisme,” kata Muhyiddin (PN-Pagoh) ketika sesi perbahasan usul menjunjung kasih dan perbahasan titah diraja i Dewan Rakyat.
Ucapan Muhyiddin dipercayai merujuk pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri, sebelum ini.
Pada 12 Feb, Nurul Izzah mengumumkan tidak lagi berkhidmat sebagai penasihat kanan kepada Anwar, sebaliknya menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat kepada menteri kewangan, susulan pelawaan Pengerusi Penasihat Menteri Kewangan, Hassan Marican.
Bekas perdana menteri itu ketika mengulas lanjut berkata, pelantikan itu langsung tiada kaitan dengan keperluan rakyat yang mendesak ketika ini.
“Rakyat bukan nak lihat anak menteri, anak perdana menteri, memegang jawatan dalam kerajaan. Mereka nak lihat menteri dan perdana menteri buat kerja untuk rakyat,” katanya.
Katanya, kerajaan sepatutnya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha memajukan ekonomi negara dan memelihara kebajikan rakyat.
“Itulah tugas hakiki kerajaan. Dengarlah suara rakyat yang mahukan pembelaan. Misalnya, apalah salahnya kerajaan mempertimbangkan pengeluaran wang KWSP secara bersasar sekiranya itu adalah kehendak rakyat bagi membantu meringankan beban mereka di kala susah ini,” katanya.
Muhyiddin juga mencadangkan moratorium pinjaman bank dikembalikan semula kerana keupayaan bank membuat untung ketika negara berdepan krisis pandemik Covid-19.
“Apalah salahnya jika bank-bank turut sama membantu rakyat dengan melaksanakan semula moratorium bayaran balik pinjaman secara bersasar bagi tempoh tertentu untuk meringankan beban rakyat akibat kesan inflasi dan kenaikan OPR (kadar dasar semalaman),” katanya.
Ketika meneruskan sesi perbahasan, beliau dihujani dakwaan terlibat memberi kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada IRIS Corporation Berhad, yang dikaitkan dengan menantunya. Muhyiddin menjawab, “Itu adalah satu fitnah dan pembohongan.” FMT
Rakyat bukan nak tengok anak PM pegang jawatan, sindir Muhyiddin
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin dakwa rakyat marah dengan tuduhan Anwar, yakin PN ‘tarah’ 6 negeri
- ‘Kera Hulu Langat, Pendang Beruk’ selesai dan berdamai
- MB Johor sahkan tidak bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia tetapi hanya ketua bahagian
- Jimat kos jika tempoh haji pendek
- KJ mulakan tugas sebagai DJ di Hot FM, menang ‘selfie’, kalah undi
- Salt Bae janji 5,000 hidangan sehari kepada mangsa gempa bumi
- Anisha Isa-Kalebic – Kekasih Putera Mateen
- Rohingya kembali ‘jajah’ Pasar Borong Selayang, PBT pergi mana? [VIDEO]
- Rider dibantai berjemaah, isteri datang tolong (Video)
- Raysha Rizrose sudah bertunang
- Isteri saman, tuntut cerai suami sembunyikan kemenangan loteri RM6.4 juta
- Ira Kazar dan keluarga berhadapan dengan prosiding hina mahkamah oleh Puteri Sarah
- Tiada pengecualian bayaran balik PTPTN graduan kelas pertama, kata menteri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET