Jangan mogok, bersemuka dengan saya – Zaliha
Jangan mogok, bersemuka dengan saya – Zaliha
Menteri Kesihatan Zaliha Mustafa mengajak pekerja kesihatan yang berhasrat mengadakan mogok bersemuka dengannya bagi menyelesaikan masalah mereka.
Kata anggota parlimen Sekijang, mogok sahaja tidak menyelesaikan masalah.
“Jadi yang terbaiknya ialah kita bersemuka anda semua boleh datang berjumpa kepada saya.
“Saya sebenarnya faham, sangat faham tentang masalah itu.
“Latar belakang saya sendiri sebagai seorang doktor ini menyebabkan saya memang faham perkara itu,” kata wakil rakyat PKR itu di TikTok.
Semalam Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan mengambil serius spekulasi pekerja kesihatan akan melakukan mogok kerana kecewa dengan tekanan yang dihadapi oleh sistem penjagaan kesihatan Malaysia.
Walaupun MMA tidak membenarkan sebarang mogok, presidennya Muruga Raj Rajathurai berkata mereka memahami kekecewaan dan keletihan pekerja kesihatan susulan isu yang tidak diselesaikan bertahun-tahun.
Antara isu itu, katanya, jawatan tetap tidak cukup untuk menyerap doktor kontrak, kemudahan kesihatan awam terlalu sesak, kekurangan tenaga kerja serta petugas penjagaan kesihatan dibebani terlalu banyak kerja dan bergaji rendah.
Sebelum ini, anggota parlimen Ipoh Timor Howard Lee telah membangkitkan kebimbangan mengenai kemungkinan mogok pekerja kesihatan.
Menurut pemimpin DAP itu, dia mengetahui kemungkinan mogok daripada beberapa doktor kontrak dan doktor kerajaan sepenuh masa di seluruh negara.
Sementara itu, Zaliha berkata dia bertekad untuk menyelesaikan masalah berbangkit secepat mungkin.
“Kalau boleh hari ini, hari ini juga saya akan selesaikan,” katanya.
“Tapi kita kena faham bahawa ini memerlukan sedikit masa untuk saya memahaminya lebih dalam.
“Untuk saya memahamkan perkara ini dengan sebaik-baiknya supaya penyelesaian terbaik kita dapat laksanakan.” mk
Jangan mogok, bersemuka dengan saya – Zaliha
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin dakwa rakyat marah dengan tuduhan Anwar, yakin PN ‘tarah’ 6 negeri
- ‘Kera Hulu Langat, Pendang Beruk’ selesai dan berdamai
- MB Johor sahkan tidak bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia tetapi hanya ketua bahagian
- Jimat kos jika tempoh haji pendek
- KJ mulakan tugas sebagai DJ di Hot FM, menang ‘selfie’, kalah undi
- Salt Bae janji 5,000 hidangan sehari kepada mangsa gempa bumi
- Anisha Isa-Kalebic – Kekasih Putera Mateen
- Rohingya kembali ‘jajah’ Pasar Borong Selayang, PBT pergi mana? [VIDEO]
- Rider dibantai berjemaah, isteri datang tolong (Video)
- Raysha Rizrose sudah bertunang
- Isteri saman, tuntut cerai suami sembunyikan kemenangan loteri RM6.4 juta
- Ira Kazar dan keluarga berhadapan dengan prosiding hina mahkamah oleh Puteri Sarah
- Tiada pengecualian bayaran balik PTPTN graduan kelas pertama, kata menteri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai