3 beradik termasuk Datuk didakwa cederakan ibu tiri

3 beradik termasuk Datuk didakwa cederakan ibu tiri

REMBAU: Tiga beradik termasuk dua daripadanya bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rembau, hari ini, atas pertuduhan mencederakan ibu tiri mereka, pada Ogos tahun lalu.

Ketiga-tiga tertuduh yang juga ahli perniagaan, Datuk Kamarul Halim Muhamad Sharip, 50, Datuk Kamarul Nizam Muhamad Sharip, 55, dan Muhamad Fairuz Muhamad Sharip, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Kartini Kasran selepas kertas pertuduhan dibacakan.



Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh bersama-sama dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ibu tiri mereka yang berusia 42 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Balai Undang Rembau, di sini, pada kira-kira jam 3.30 petang 23 Ogos 2022.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun.

Semua tertuduh diwakili peguam, Datuk Hanif Hassan.



Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly mencadangkan kepada mahkamah supaya jaminan tidak ditawarkan kepada semua tertuduh.

Bagaimanapun, Husni berkata, jika mahkamah membenarkan jaminan, pendakwaan menawarkan RM10,000 kerana kes membabitkan kesalahan wajib penjara, selain mangsa adalah wanita, manakala semua tertuduh adalah lelaki.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM6,000 dengan setiap penjamin warganegara dan tertuduh dilarang mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga prosiding kes selesai.

Sebutan semula kes untuk serahan dokumen pada 22 Mac depan. BH



3 beradik termasuk Datuk didakwa cederakan ibu tiri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai



Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar

Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker