Pembangkang dakwa kerajaan mahu senyapkan pengkritik
Pembangkang dakwa kerajaan mahu senyapkan pengkritik
Pembangkang mendakwa mereka mempunyai bukti bahawa kerajaan sedang menggunakan kuasa untuk ‘menutup mulut’ pada pengkritik sekali gus menjaga kuasa mereka.
Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan mendakwa ada aktivis media sosial yang cenderung kepada PN menerima notis daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang meminta agar kata laluan untuk telefon pintar serta akaun Facebooknya diberikan.
Notis lain yang diterima, dakwa Wan Saiful, membabitkan rampasan telefon tangan serta kad SIM seseorang, serta aktivis yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa.
“Seorang ahli Dewan Rakyat juga dipanggil pihak berkuasa kerana menerbitkan bahan dianggap tidak sesuai atau mencabar kerajaan.
“MP (ahli parlimen) pun dipanggil… mana kebenaran kata-kata menteri tadi bahawa mereka tidak menggunakan undang-undang dan agensi kerajaan untuk kepentingan diri?” katanya pada sidang media di bangunan parlimen hari ini.
Terdahulu Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memberitahu Dewan Rakyat pagi tadi, kerajaan tidak akan meminta mana-mana penyedia platform media sosial untuk menyekat akaun penggunanya.
Sebaliknya, kata Fahmi, perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk platform media sosial membawa kepada sekatan ke atas kandungan tertentu, bukannya pemilik akaun secara individu.
Fahmi juga berkata, sebanyak 197 kandungan – termasuk 101 di TikTok – telah diturunkan dari platform media sosial sepanjang bulan lalu.
“Setakat hari ini, Kementerian Komunikasi dan Digital tidak ada memohon mana-mana akaun ditutup atau kekang mana-mana akaun, sebaliknya hanya menurunkan kandungan dimuat naik,” kata menteri komunikasi dan digital itu di Dewan Rakyat.
Kata Wan Saiful sulit untuk dia mempercayai janji Fahmi yang menyatakan tindakan tapisan itu adalah untuk menjaga perpaduan rakyat.
“Saya sukar nak percaya jawapan menteri kerana saya ada bukti kerajaan menggunakan kuasa, mempergunakan agensi penguatkuasa bukan untuk jaga rakyat tetapi jaga diri sendiri dan kerajaan,” katanya.
Justeru ahli parlimen Tasek Gelugor itu menuntut kerajaan memastikan tiada sekatan dikenakan terhadap kebebasan bersuara di negara ini. Mk
Pembangkang dakwa kerajaan mahu senyapkan pengkritik
Baca Artikel Menarik:
- Jalan runtuh, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur terputus
- Kadar cukai jalan ikut kuasa kuda sudah lapuk
- Syafiq, Mimi kahwin lepas raya
- Baru seminggu kahwin, suami maut selepas langgar lubang jalan
- ‘Daddy’ berselisih dengan anak, apa nasib Pejuang?
- Pelajar cedera dipukul pak guard lalok
- Adik tumbuk kakak curang pada suami
- Konti radio jadi talian hayat politik Khairy
- Bapa leka main ‘game’ pukul kepala bayi 6 bulan hingga mati
- AJL37 dikritik, rakaman jurukamera jadi bahan netizen
- Kenyataan ‘Sembah Syaitan’, Ustaz Wadi Annuar mohon maaf pada penganut hindu
- Pelajar serah diri selepas buang makanan dalam sungai
- Anwar tolak cadangan Ramasamy untuk kurangkan Melayu dalam perkhidmatan awam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar
Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]