PKR kata Azmin tak perlu berehat, elok bersara terus dari politik
Pengumuman Mohamed Azmin Ali untuk berehat seketika daripada politik disambut segera oleh bekas partinya, PKR, hari ini.
Bahkan PKR mencadangkan agar bekas ahli parlimen Gombak terbabit bukan sekadar berehat untuk sementara waktu, sebaliknya bersara terus daripada politik.
Timbalan Ketua Penerangan PKR, Razeef Rakimin, berkata saranan itu dianggap wajar kerana kredibiliti Azmin kini “telah rosak” ekoran pelbagai isu yang membayanginya sebelum ini.
“Saya ingin menasihati Azmin, jika ingin berehat, maka berehatlah daripada berpolitik untuk selama-lamanya memandangkan kreadibiliti dia telah rosak.
“Tidak mungkin lagi rakyat akan memberikan kepercayaan kepada pengkhianat seperti Azmin walau berkali-kali dia melakukan ‘reset’ politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Razeef berkata demikian susulan laporan yang menyebut Azmin mahu berehat seketika daripada membabitkan diri dalam politik secara aktif.
Pengumuman bekas timbalan presiden PKR yang bertanggungjawab mengetuai 11 ahli parlimen parti itu berpaling tadah menyokong Bersatu pada 2022 itu dibuat beberapa ketika selepas dia berdiam diri ekoran kegagalannya mempertahankan kerusi parlimen Gombak.
Bagaimanapun untuk rekod sehingga kini Azmin masih merupakan Adun Bukit Antarabangsa.
Hasrat Azmin itu dibuat melalui ciapan di Twitter semalam. Menurut bekas menteri kanan kepada kerajaan PN berkenaan, dia bagaimanapun bertekad untuk terus “berkhidmat kepada negara dan rakyat”.
Menurut Razeef tindakan diambil Azmin itu juga menunjukkan ahli politik terbabit tidak bertanggungjawab kerana dia masih seorang Adun yang mewakili rakyat di kawasan Bukit Antarabangsa.
“Saya yakin walaupun Azmin berehat dan tidak berkhidmat kepada rakyat, dia masih menerima elaun sebagai Adun.
“Sebagai seorang wakil rakyat, keputusan untuk berehat hanya boleh dibuat bersekali dengan keputusan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya akan datang.
“Selagi masih menjadi wakil rakyat adalah menjadi kewajipan untuk Azmin terus berkhidmat kepada pengundi sehingga habis penggal,” katanya.
Razeef juga menganggap apa yang berlaku ke atas Azmin itu adalah ‘pembalasan’ atas langkah politiknya sebelum ini.
“Saya ingin memberitahu Azmin apa yang dilalui hari ini ialah kerana khianat yang dia lakukan kepada PKR, PH dan rakyat yang memberikan amanah kepadanya selaku wakil rakyat Gombak” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Jalan runtuh, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur terputus
- Kadar cukai jalan ikut kuasa kuda sudah lapuk
- Syafiq, Mimi kahwin lepas raya
- Baru seminggu kahwin, suami maut selepas langgar lubang jalan
- ‘Daddy’ berselisih dengan anak, apa nasib Pejuang?
- Pelajar cedera dipukul pak guard lalok
- Adik tumbuk kakak curang pada suami
- Konti radio jadi talian hayat politik Khairy
- Bapa leka main ‘game’ pukul kepala bayi 6 bulan hingga mati
- AJL37 dikritik, rakaman jurukamera jadi bahan netizen
- Kenyataan ‘Sembah Syaitan’, Ustaz Wadi Annuar mohon maaf pada penganut hindu
- Pelajar serah diri selepas buang makanan dalam sungai
- Anwar tolak cadangan Ramasamy untuk kurangkan Melayu dalam perkhidmatan awam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.