PAS dakwa konsep Malaysia Madani tersasar daripada teladan Rasulullah SAW

PAS dakwa konsep Malaysia Madani tersasar daripada teladan Rasulullah SAW

Konsep Malaysia Madani yang diperkenal Kerajaan Perpaduan didakwa terlalu jauh daripada makna sebenar ditunjukkan Rasulullah SAW yang menerajui pentadbiran Madinah.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dalam kritikannya berkata, terdapat banyak kelemahan ketara dalam kerajaan, terutama dalam kalangan pemimpinnya.



“Kerajaan campuran ini bercampur-aduk dengan pelbagai ideologi seperti kalangan liberal, puak ekstrem berhaluan kiri mahupun kanan, serta kalangan oportunis.

“Malah, mereka disertai oleh kalangan yang dipertikai integritinya seperti bekas banduan, kluster mahkamah, kronisme, dan nepotisme yang menjadi gejala dalam kerajaannya,” katanya menerusi tulisan Minda Presiden PAS hari ini.

Abdul Hadi berkata, asal perkataan madani dirujuk kepada negara Madinah dengan teladannya daripada kepimpinan Rasulullah SAW.

“Betapa mereka paling jauh daripada ciri-ciri madani yang mampu mencipta kemajuan yang positif dan jauh daripada konsep al-din yang wajib menjadi panduan.



“Tambahan pula, mereka melantik kepimpinan negara daripada kalangan mereka yang hanya menang tipis dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang lalu dengan sokongan bukan Muslim, bukannya sokongan kaum Muslim yang mendominasi penduduk negara.

“Calon pemimpinnya berpindah-randah tempat bertanding sehingga terpaksa bergantung kepada sokongan bukan Islam yang tidak mendominasi keseluruhan penduduk,” katanya.

Beliau berkata, ketirisan kerajaan hari ini makin ketara susulan pelbagai pendedahan membabitkan salah laku.

Katanya, beberapa orang pemimpin dalam komponen itu sendiri membuat teguran secara terbuka kepada media melalui lisan dan tulisan, menyentuh prinsip dan integriti yang menggoncangkan kedudukan mereka.



Abdul Hadi berkata, keadaan itu tidak mampu ditutup dengan alasan kenyataan dan tindakan menyerang parti lawan bertujuan menutup kelemahan mereka.

Beliau berkata, kerajaan tidak menjadikan Melayu Muslim yang berintegriti untuk mendominasi penduduk negara ini sebagai majoriti, malah menyelar penggunaan nama Kerajaan Perpaduan.

“Penubuhannya menipu rakyat dan seluruh dunia. Meletakkan jenama Kerajaan Perpaduan adalah menyalahi istilah ilmu politik, iaitu kerajaan yang tiada pembangkang atau pembangkangnya terlalu kecil laksana nyamuk,” katanya. BH

PAS dakwa konsep Malaysia Madani tersasar daripada teladan Rasulullah SAW



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar



Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker