Pelajar SMK Lui Barat maut kemalangan

Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lui Barat maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Jalan Besar Pasoh 2 petang tadi. – GAMBAR IHSAN POLIS

JEMPOL – Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lui Barat maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Jalan Besar Pasoh 2, di sini, petang semalam

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Taufiq Izham Ramlan, 16, beralamat di Felda Pasoh 3, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berdasarkan siasatan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan Pasoh 3 hendak ke Pasoh 1 tanpa memakai topi keledar.

“Setiba di tempat kejadian iaitu selepas melalui laluan berselekoh menuruni bukit, penunggang motosikal dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan .



“Motosikal mangsa kemudian merempuh batu konkrit di kawasan kejadian. Akibat kemalangan ini, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, mayat mangsa di hantar ke Hospital Jempol bagi proses bedah siasat esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo



Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker