Khairy tanding naib presiden
Khairy tanding naib presiden
Datuk Abu Samah Abd Wahab terus diberikan kepercayaan untuk menerajui pucuk kepimpinan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bagi tempoh 2023 hingga 2026.
Menerusi kenyataan dikeluarkan PKBM, Abu Samah yang juga presiden badan induk itu sejak 1990, tidak dicabar mana-mana ahli gabungan lain selepas borang pencalonan ditutup 12 tengah hari tadi.
Perkembangan itu menyaksikan Abu Samah secara rasminya menang tanpa bertanding pada pemilihan barisan kepimpinan tertinggi PKBM yang dijadualkan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 18 Februari ini.
Pada AGM itu, Yunus Ibrahim akan mempertahankan kerusi timbalan presiden berdepan saingan daripada Datuk Amarjit Singh Gill dan Mazlan Md Jail, masing-masing naib presiden PKBM pada penggal sebelum ini.
Jawatan naib presiden PKBM bakal menyaksikan pertembungan 10 penjuru untuk mengisi lima kerusi yang dipertandingkan.
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ yang juga Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS) antara calon bagi jawatan itu dan bakal berdepan Amarjit Singh, Firdaus Arshad, Mohd Saiful Abdul Jalil, Nohazlee Md Zaki, Mohd Asri Abd Mubin, Mohd Yusof Abd Nasir, Muhammad Firdaus Dawod, Norazman Ab Samah dan Dr Za’im Ahmad. BH
Khairy tanding naib presiden
Baca Artikel Menarik:
- Fadhli dan Peja tak sepakat dalam kes penggantungan Hanis
- Khairy minta bantuan ChatGPT cari parti sesuai untuknya
- Adun DAP mahu universiti longgarkan kod berpakaian
- Tak elok bila menang lupa janji, Hassan tegur Anwar
- Doktor disyaki cabul pesakit kanak-kanak ditahan polis
- Tidak perlu lekat ‘road tax’ di cermin untuk kenderaan persendirian
- Dakwaan beri kontrak pada syarikat menantu, Muhyiddin melompat
- Tak perlu bawa lesen memandu secara fizikal
- Bekas Duta sifatkan pelantikan Nazri sebagai Duta AS hasil ‘pertimbangan buruk’ Anwar
- Anak Razman dedah punca ayahnya mohon maaf kepada Anwar
- Anak JJ gagal tuntut saham RM1 bilion
- Zahid jawab rungutan Ismail
- Digital road tax not a smart move
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)