Kanabis perubatan belum dibincang secara serius – Anwar

Kanabis perubatan belum dibincang secara serius – Anwar

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan belum memutuskan sama ada akan membenarkan dari segi undang-undang penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.

Beliau berkata, kerajaan masih menunggu cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung perkara itu, sebelum membuat sebarang keputusan.



“Setakat ini, kita belum melihat perkara ini secara serius, kita tunggu cadangan nanti. Isu ini turut melibatkan aspek keselamatan,” katanya pada hari terakhir lawatan rasmi dua hari ke Thailand.

Beliau mengulas persoalan sama ada kerajaan akan meneruskan atau menghentikan penyelidikan berhubung penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.

Ogos lepas, Menteri Kesihatan ketika itu, Khairy Jamaluddin dalam lawatan kerja di Thailand, turut meninjau potensi penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan, di samping melihat kerangka undang-undang berkaitan.

Khairy dilaporkan berkata, kerajaan akan mengkaji pengalaman Thailand untuk disesuaikan dengan konteks di Malaysia, sebelum memutuskan sama ada membenarkan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.



Thailand merupakan negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan. FMT

Kanabis perubatan belum dibincang secara serius – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo



Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker