Di Malaysia ada Abang ‘viva’ di Turkiye ada Abang ‘kereta buruk’

ANKARA, Turkiye  – Seorang lelaki Azerbaijan berusia 33 tahun tular di media sosial kerana memandu sebuah kereta usang yang sarat membawa bantuan untuk mangsa gempa bumi di Turkiye, lapor portal berita Anadolu Agency semalam.

Lelaki tersebut, Sarvar Bashirli berkata, dia berasa perlu membantu mangsa gempa bumi tersebut yang dianggapnya sebagai saudaranya sendiri.

“Kami duduk bersama-sama iaitu saya dan sepupu saya pada hari gempa bumi berlaku di Turkiye (Isnin) dan memutuskan untuk membantu negara saudara kami ini,” kata Bashirli.



Menurutnya, keadaan ekonomi mereka teruk kerana terpaksa menjadi pelarian di tanah air sendiri di wilayah Karabakh, Azerbaijan.

Keesokan paginya, dia berkata, mereka menemui saudara-maranya yang juga pelarian dari Lachin iaitu wilayah di Azerbaijan tetapi berada di bawah penaklukan Armenia selama hampir tiga dekad.

Pertemuan itu diadakan dengan tujuan untuk mengumpulkan apa sahaja yang ada sebagai bantuan gempa bumi yang akan dihantar untuk penduduk Turkiye.

Sebelum ini, berlaku konflik Nagorno-Karabakh melibatkan etnik dan wilayah antara Armenia dan Azerbaijan sehingga menyebabkan perang berlaku antara kedua-dua negara tersebut.



Memandu kereta lama buatan 1981 miliknya yang sarat dengan barang seperti tilam di atas bumbung dan pelbagai bungkusan serta kotak diletakkan di dalam bonet yang tidak bertutup, Bashirli menghantar semua barangan itu ke pusat khas bagi mengumpulkan bantuan mangsa gempa bumi tersebut di ibu negara Azerbaijan, Baku.

“Kami menganggapnya sebagai kewajipan kami untuk menyokong rakyat Turkiye. Kami (Azerbaijan dan Turkiye) adalah dua negara tetapi satu bangsa. Kami melakukan apa yang perlu dilakukan. Kami melakukannya dan akan terus berbuat demikian,” katanya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar



Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker