Mahathir keluar dari parti anaknya

Mahathir keluar dari parti anaknya

Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Pejuang yang diterajui anaknya, Mukhriz kerana tidak bersetuju parti itu keluar Gerakan Tanah Air (GTA).

Bekas ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang, Abu Bakar Yahya mengesahkan 13 pemimpin, termasuk Mahathir dan dirinya meletak jawatan serta keahlian serta-merta.



“Kami keluar sebab tidak boleh terima Pejuang keluar GTA, kami nak GTA,” kata bekas setiausaha politik Mahathir itu kepada FMT.

Baki 11 pemimpin yang meninggalkan Pejuang adalah Timbalan Presidennya, Marzuki Yahya, bekas ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Khairuddin Abu Hassan, Afiqah Mohamad, Nurhairi Rahmat, Fyzul Adzwan Mustafa Kamal, Mohamad Jani, Ahamed Basheer, Azman Mohd Hashim, Mohd Jefrie Hussin, Armin Baniaz Pahamin dan Wan Azliana Wan Adnan.

Abu Bakar berkata, keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung Pejuang, Amiruddin Hamzah menerusi surat yang ditandatangani semua pemimpin terbabit.

Dalam surat itu, mereka menyuarakan kekecewaan terhadap Pejuang memutuskan hubungan dengan GTA, yang secara tidak langsung menyingkirkan mereka sebagai penggerak perjuangan gabungan itu.



Mahathir menubuhkan Pejuang pada 2020 selepas meninggalkan Bersatu, yang ditubuhkannya pada 2016 selepas keluar Umno.

Ogos lalu, Mahathir mengumumkan penubuhan GTA, yang dianggotai Pejuang, dua parti kecil dan profesional Melayu untuk bertanding dalam PRU15.

Malangnya, semua calonnya kecundang dan hilang wang deposit mereka, termasuk Mahathir serta Mukhriz yang mendapat kurang 1/8 undi di kerusi Parlimen Langkawi dan Jerlun.

Pada 16 Dis lalu, Mahathir melepaskan jawatan pengerusi Pejuang, tetapi bekas perdana menteri itu kekal sebagai ahli dan pengerusi GTA.



Presiden Pejuang, Mukhriz pada 14 Jan lalu mengumumkan parti itu menarik diri daripada GTA bagi mengukuhkan kedudukannya sebelum menyertai gabungan berkenaan.

“Kami tidak bermusuh dengan GTA dan tujuan kami berundur bukan cari gaduh dengan sesiapa, jika dalaman kami sendiri ada masalah, apa nilai tambah yang dapat diberikan,” katanya bulan lalu. FMT

Mahathir keluar dari parti anaknya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo



Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker