Kalau tak mati sebab gempa, mungkin mati kesejukan
Kalau tak mati sebab gempa, mungkin mati kesejukan
Wanita ini cuba bersuara, tetapi hampir tidak dapat bergerak selepas diselamatkan dari runtuhan di kawasan berhampiran pusat gempa bumi yang memusnahkan bahagian Turkiye dan Syria.
Mata Zeliha Hisir, 58, meliar ke sekeliling kerana terkejut dan lega apabila kru penyelamat menutupnya dengan selimut berwarna merah jambu dan hijau terang.
Dengan hanya berseluar pendek dan berbaju-T, dia terselamat walaupun suhu sejuk beku di Kahramanmaras.
Anak lelakinya, Mufit Hisir, memberitahu The Associated Press, anggota bomba yang diterbangkan dari Antalya menyelamatkan saudara-maranya.
“Dua jam lalu adik saya diselamatkan selepas usaha selama enam jam dan dua jam kemudian, ibu saya turut diselamatkan. Mereka berdua sihat,” katanya.
Mereka yang terselamat dalam gempa bumi bermagnitud 7.8, Isnin lalu, kini terpaksa tidur di dalam kereta, di luar bangunan atau di pusat perlindungan disediakan kerajaan.
“Kami tidak mempunyai khemah, dapur pemanas dan tidak mempunyai apa-apa. Anak-anak kami dalam keadaan teruk. Kami semua basah kerana hujan dan kesejukan,” kata Aysan Kurt, 27 kepada AP.
“Kami tidak mati kelaparan atau gempa bumi, tetapi kami akan mati beku kerana kesejukan. Ia tidak sepatutnya begini. Tiada siapa yang menghantar bantuan.”
Di wilayah Kahramanmaras, di mana rak pasar raya kosong, orang ramai beratur untuk mendapatkan roti pita di restoran milik Mevlut Ercan.
“Kami perlukan tepung. Tiada tepung,” kata Ercan.
“Orang ramai terdesak. Kami pun terdesak. Kami akan lakukan apa yang kami mampu untuk rakyat selagi kami mampu melakukannya.”
Yasar Magara, yang menunggu untuk mendapatkan sekeping roti pita berkata: “Kami sudah berhari-hari lapar. Tiada bantuan daripada kerajaan yang sampai setakat ini,” katanya.
Di pekan Nurdagi, penduduk yang kehilangan orang tersayang berkata, saudara-mara boleh diselamatkan sekiranya pasukan penyelamat tiba lebih awal.
“Adik saya ada empat orang anak. Dia mempunyai seorang kakak ipar, ipar-duai dan anak saudara serta anak saudara perempuan. Mereka semua sudah tiada. Mereka semua sudah tiada,” kata Nilufer Sarigoz sambil meletakkan mukanya di tangan dan menangis teresak-esak.
Havva Topal, 16, masih tidak mendengar khabar daripada bapa saudaranya, isteri dan anak-anaknya, yang berada di dalam bangunan yang terbakar.
“Kami tidak mendengar apa-apa, tiada berita,” katanya.
“Bangunan itu runtuh selepas gempa bumi dan kemudian kebakaran bermula 15 hingga 20 minit kemudian. Tiada bomba datang, tiada jengkaut. Kami cuba menyelamatkan mereka sendiri, dengan mencedok air dengan pinggan.”
“Mereka hangus…. dalam keadaan yang mengerikan,” katanya. HM
Kalau tak mati sebab gempa, mungkin mati kesejukan
Baca Artikel Menarik:
- Pemimpin PAS dikecam samakan wanita dengan barang
- Pemandu forklift menang BMW
- Aktres Penyondol Hasut Suami Rampas Harta & Ceraikan Isteri Pertama?
- Saya harap Syamsul akan kembali – Yusof Haslam
- ‘Baba Tak Sangka Adik Buat Macam Ni’
- Perhimpunan JPM selesa, penjawat awam tidak perlu berdiri bawah panas
- Dr Akmal umum tanding Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Bahagian Jasin
- Khairy gagal mendapat sokongan orang muda semasa menjadi KP
- Lelaki Indonesia Ini Sekolahkan Netizen Indon Yang Tak Tahu Kewujudan Suku Melayu Di Indonesia
- 3 ADUN Warisan keluar parti
- 8 Hadis Palsu Berkaitan Bulan Rejab Yang Sering Dikongsikan
- Permohonan UPUOnline ke Univeristi Awam dan Politeknik dibuka mulai esok
- Khidmat Naib Canselor UUM dipendekkan kerana aduan oleh penyarah dan lembaga pengarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan