Sultan Johor hadir majlis santapan sempena Thaipusam

Sultan Johor hadir majlis santapan sempena Thaipusam

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menghadiri majlis santapan sempena Thaipusam peringkat negeri Johor di Kuil Arulmigu Sri Bala Subramaniar di Skudai hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, kehadiran Sultan Ibrahim di majlis santapan itu turut diiringi Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi dan dua exco negeri, Raven Kumar Krishnasamy dan Ling Tian Soon.

Turut hadir Ketua DAP Johor dan ADUN Perling Liew Chin Tong.

Gambar yang dikongsi di Facebook itu menunjukkan Sultan Ibrahim disambut mesra oleh sekumpulan penganut Hindu dan ahli jawatankuasa kuil berkenaan.

Minggu lalu, Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) mengeluarkan fatwa melarang umat Islam menghadiri dan menyertai upacara keagamaan agama lain di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata Sultan Ibrahim telah memperkenankan fatwa berkenaan, yang berkuat kuasa pada 2 Feb.

Pada hari yang sama, baginda bertitah bahawa fatwa itu tidak bercanggah dengan nilai toleransi, perpaduan dan persefahaman antara agama seperti yang dianuti di bawah konsep “Bangsa Johor”.

Baginda menjelaskan bahawa ia hanya melarang umat Islam daripada mengambil bahagian dalam upacara keagamaan lain tetapi mereka masih boleh menghadiri acara perayaan agama lain. FMT

Sultan Johor hadir majlis santapan sempena Thaipusam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker