Sertai PKR untuk sokong Anwar, sama seperti Umno – Zahidi

Sertai PKR untuk sokong Anwar, sama seperti Umno – Zahidi

Bekas timbalan menteri komunikasi dan multimedia, Zahidi Zainul Abidin mahu menyertai PKR bagi memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sama seperti yang dilakukan rakan-rakannya dalam Umno.

Beliau berkata, sekiranya menyertai Perikatan Nasional (PN), beliau tidak boleh berjumpa rakan-rakannya dalam Umno.

“Jadi, perkara penting selepas dipecat dari Umno, saya perlu mencari wadah untuk meneruskan perjuangan saya selama 40 tahun (dalam politik).

“Jadi, saya perlu pilih wadah yang bersesuaian,” katanya dalam temubual bersama Sinar Harian yang disiarkan di Facebooknya.

Zahidi berkata, dalam memilih wadah baharu, beliau perlu memastikan rakan-rakannya dalam Umno juga dalam keadaan selamat.

“Keadaan bertambah berisiko sekarang kerana mereka mempunyai presiden yang suka memecat orang,” katanya merujuk Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, kerana Umno dan PKR kini bekerjasama dalam kerajaan perpaduan, Zahid tidak boleh memecat mereka yang berjumpa dengannya, sekiranya beliau menyertai PKR.

“PH dan Umno dalam kerajaan perpaduan, jadi tidak ada masalah,” katanya.

Isnin lalu, Zahidi berkata, beliau akan menghantar borang permohonan menyertai PKR pada 4 Feb ini. Beliau mendakwa beberapa pemimpin Umno peringkat tinggi juga akan berbuat demikian.

Bekas Ahli Parlimen Padang Besar itu dipecat Umno pada November lalu apabila menjadi calon bebas dalam PRU15, selepas digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional.

Bagaimanapun, Zahidi gagal mempertahankan kerusi itu kerana sekadar meraih 1,939 undi dan hilang deposit dalam saingan lima penjuru yang dimenangi calon PN, Rushdan Rusmi. FMT

Sertai PKR untuk sokong Anwar, sama seperti Umno – Zahidi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali

Zalim kalau tak hargainya – Shuib

Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker