Berang cinta ditolak, lelaki saman rakan wanita RM10 juta

Gara-gara cinta tidak berbalas, seorang lelaki di Singapura mengemukakan tuntutan saman ke atas rakan perempuannya dengan mendakwa dia mengalami trauma emosi, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Lelaki berkenaan, Kawshigan dan rakannya, Tan berkenalan pada 2016 sebelum pertikaian antara mereka bermula pada 2020 apabila kedua-dua mereka tidak mempunyai perasaan yang sama.

Selepas meluahkan perasaan, Tan cuba menjauhkan diri daripada Kawshigan namun, lelaki itu mengugut untuk menyamannya kerana telah menyebabkan trauma emosi serta ‘kemungkinan fitnah’.



Tidak lama selepas itu, kaunselor Kawshigan menyarankan agar Tan mengambil bahagian dalam sesi terapi lelaki itu.

Tan kemudian bersetuju atas cadangan tersebut dengan harapan ia dapat membantu menghentikan Kawshigan daripada terus menyukainya.

Selepas setahun setengah menghadiri sesi terapi bersama-sama, Tan membuat keputusan untuk berhenti menemani Kawshigan kerana dia melihat usaha itu hanya sia-sia.

Kawshigan mula mengganggu Tan menggunakan panggilan telefon dan pesanan ringkas yang membuatkan wanita berkenaan mengemukakan prosiding ke atasnya pada April 2022.



Pada pertengahan Mei tahun lalu, Tan menghentikan semua komunikasi dengan Kawshigan kerana tidak tahan dengan desakan berterusan lelaki itu supaya mereka sering bertemu.

Pada 7 Julai tahun lalu, Kawshigan memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Tinggi ke atas Tan dengan mendakwa dia mengalami trauma emosi yang mengakibatkan kos yang ditanggung dalam program pemulihan dan terapi serta kerugian dalam kapasiti pendapatan dan perkongsian perniagaan.

Dia menuntut ganti rugi sebanyak AS$2.3 juta (RM9.7 juta) dan kes itu akan dibicarakan di mahkamah pada 9 Februari ini.

Sebulan kemudian, dia turut memfailkan dakwaan di mahkamah majistret dengan mendakwa Tan melanggar perjanjian untuk memulihkan hubungan mereka.



Seorang hakim kemudian menolak kes itu dengan menyatakan bahawa ia merupakan penyalahgunaan kes mahkamah. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali

Zalim kalau tak hargainya – Shuib



Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker