Semakin berfikir semakin sesat

Semakin berfikir semakin sesat

Walaupun umat Islam disarankan agar berfikir sentiasa, namun konsep Islam adalah sederhana yang meletakkan sempadan kepada seluruh umatnya. Maksud agama sederhana ini menurut Wan Hazlan adalah, jangan terlebih dan jangan berkurang. Berfikir boleh, tapi jangan terlebih berfikir sehingga akan merosakkan akal dan hati, dan jangan juga berkurang hingga merasakan tiada sebab untuk berfikir.

Akal bukan bebas secara total dalam berfikir, tetapi mesti dengan kaedah yang tepat. Disebabkan itu Islam tidak menolak logik atau pembuktian melalui pancaindera yang menghasilkan kaedah sains. Kerana itu boleh memberikan lagi kebenaran terhadap idea yang dihasilkan, terutama apabila berdepan dengan mereka yang tidak menerima al-Quran dan hadis secara menyeluruh.



Allah berfirman dalam surah al-Baqarah: 111

“…….. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah ke mari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar”.

Cuma pentingnya meletakkan agama di depan dalam setiap pemikiran. Dari situ akan wujudnya pemikiran dari hati yang akan memacu seluruh anggota lain untuk berfikir dengan sebaik dan seadilnya.

Tapi awas! Jangan pula melebih-lebih dalam berfikir. Islam agama kesederhanaan dan telah ditetapkan dalam Islam apa yang perlu dan apa yang tidak perlu difikirkan.



Tanpa adanya wahyu atau ilmu, akal manusia hanya akan memahami apa yang dikecapi oleh pancaindera sahaja. Disebabkan itu akal tidak mampu memikirkan zat Allah tetapi mengenal-Nya melalui ciptaan-Nya sahaja. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Fikirkanlah mengenai segala makhluk Allah dan janganlah kamu memikirkan tentang Zat Allah kerana yang demikian menyebabkan kamu binasa (dalam kesesatan).” (HR Abu Syeikh)

Rasulullah s.a.w. telah meletakkan penghalang atau sekatan terhadap minda manusia agar tidak menjangkaui zat Allah. Cukuplah dengan mengenal-Nya dari ciptaan-Nya sahaja, pasti kita akan mengenal-Nya.

Begitu juga tentang hadis lain, yang berbicara tentang syurga, sabda Rasulullah s.a.w. Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah s.a.w. bersabda,



“Allah S.W.T. Berfirman, “telah Aku siapkan bagi hamba-hambaku yang soleh, apa yang tidak pernah di lihat oleh mata, dan didengar oleh telinga dan terlintas dalam benak manusia.” Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu bermacam-macam nikmat yang menyedapkan pandangan mata, sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan” (HR Bukhari dan Muslim)

Hadis dia atas sebagai tanda bahawa pemikiran manusia terbatas dan ada hadnya. Disebabkan itu perlunya wahyu memandu akal agar ia tidak terbabas kepada kesesatan. Apabila rancak dalam menerokai daya pemikiran, ia akan menemui kebuntuan. Kebuntuan itu yang menentukan sama ada kita akan berpaling dari kebenaran atau berpaksi pada kebenaran.

Tidak dinafikan, ada sesetengah daripada umat Islam yang terlalu berfikir mencari dan mencari maksud di sebalik apa yang ada di dunia ini, mereka akhirnya terpesong dari agama Allah. Namun berbeza pula dengan orang bukan Islam, saban hari kita disajikan dengan kisah mereka yang akhirnya menemui cahaya Islam apabila banyak persoalan yang tidak mampu dijawab oleh agama mereka, tetapi ada pada Islam. Kenapa itu berlaku?

Jelas Wan Hazlan, ini kerana orang Islam itu sendiri tidak memahami akan kepentingan hati dalam berfikir. Hendak meletakkan hati mendahului akal perlu kepada ilmu pengetahuan. Mereka juga gagal memahami konsep kehidupan manusia di dunia ini adalah tiga peringkat, seperti yang dijelaskan oleh Allah dalam firman Nya,



“ Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri, kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah betulnya ajaran Ku)……..”.(Saba’: 46)

Allah sudah jelaskan, tiga cara dalam mencari kebenaran, iaitu berdua. Maksudnya jangan bersendiri tatkala kita tidak mengetahui apa-apa. Berdua di sini boleh diklasifikasikan kepada dua, iaitu sama ada manusia lain atau ilmu. Kerana orang yang berilmu akan memandu kita ke arah kebenaran.

Selepas itu sendiri-sendiri, bila bersendiri kita berupaya mengenal diri kita. Sebab itu ada ulama menyebut, ‘kita tidak akan mengenal Allah sebelum mengenal diri sendiri”

Seterusnya adalah berfikir. Selepas mengenal hakikat ilmu, dan hakikat diri, baru kita akan berfikir mengaitkan segala hal yang lain dengan agama. Baru hidup kita akan menuju jalan lurus. Apabila ada yang terus kepada berfikir, tanpa mengenal ilmu dan diri sendiri, itu yang akan membawa kepada kesesatan.



Orang bukan Islam yang mengkaji agama Islam akhirnya menemui hidayah Allah kerana mereka bermula dari bawah, bermula mengenal Islam, Allah dan Rasul,dan diri sendiri, akhirnya mereka jumpa kehebatan dan kebenaran Islam.

Tapi kita kebanyakan orang Islam yang sesat, mereka malas mencari Allah dan Rasul, tetapi ingin terus kepada yang terakhir iaitu berfikir, dalam berfikir, akal yang memandu mereka membawa kepada kesesatan kerana tiada petunjuk yang jelas. Wallahu a’lam Utv

Semakin berfikir semakin sesat

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker