Kes jangkitan baharu Covid-19 di Indonesia naik 500 peratus

 

Kes jangkitan baharu Covid-19 di Indonesia naik 500 peratus. Desakan supaya kerajaan melaksanakan sekatan lebih ketat terus disuarakan rakyat Indonesia ketika kes jangkitan Covid-19 direkodkan meningkat sehingga 500 peratus dalam tempoh sebulan.

Kes jangkitan baharu harian meningkat dari 2,385 pada 15 Mei kepada 12,624 pada 17 Jun.



Kumpulan pakar menyatakan varian Delta menjadi antara punca utama kepada peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Indonesia.

Kelmarin, Indonesia melaporkan sebanyak 12,906 kes jangkitan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 adalah 1,976,172 kes.

Bandar raya Jakarta mencatatkan 4,737 kes pada Jumaat lalu dan Gabenor Anies Baswedan menyifatkannya sebagai tertinggi sejak pandemik bermula.

Semalam, Jakarta mencatatkan rekod baharu dengan 4,895 kes baharu.



Pakar epidemiologi di Persatuan Epidemiologi Indonesia, Masdalina Pane berkata, peningkatan kes Covid-19 di negara ini sudah berlaku dalam tempoh 10 minggu.

“Kami sudah pun memberi amaran kepada kerajaan sejak peningkatan kes bermula, namun semua pihak tidak mengambil serius kerana menyangka pertambahan itu tidak teruk.

“Pertambahan kes jangkitan baharu ini berlaku selepas kerajaan mengurangkan tempoh kuarantin kepada pelancong dari luar negara dan mereka yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

“Sebelum ini tempoh kuarantin adalah 14 hari ini, kini dipendekkan kepada lima hari sahaja,” katanya.



Sementara itu, ribuan penduduk menandatangani petisyen secara dalam talian untuk menggesa Presiden Joko Widodo mengambil langkah segera dan konkrit bagi menangani situasi ketika ini. – AGENSI

Kes jangkitan baharu Covid-19 di Indonesia naik 500 peratus


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Parlimen boleh bersidang dalam kilang, sana selamat – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker