Muhyiddin lancar kabinet bayangan, Hadi cuma timbalannya
Muhyiddin lancar kabinet bayangan, Hadi cuma timbalannya
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin melancarkan Kabinet bayangan gabungan itu hari ini.
Dalam Kabinet bayangan itu Muhyiddin diumumkan sebagai ketua Ahli Parlimen PN manakala Presiden PAS Abdul Hadi Awang timbalannya.
Radzi Jidin diberikan tugas penting iaitu portfolio kewangan dan ekonomi.
“Kita setuju sekretariat PN akan keluarkan kenyataan polisi, tentang semua perkara, berkaitan ekonomi apa pendirian dasar, alam sekitar, antarabangsa, pertahanan atau keselamatan dalam negara.
“Kita akan bentang supaya rakyat tahu apa kita bentangkan dan kita bersedia memikul amanah besar kalau rakyat beri mandat tadbir negara,” katanya dalam sidang media selepas program pemukiman Ahli Parlimen PN di Tamu Hotel.
Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh, berkata Ahli Parlimen itu diberikan portfolio berdasarkan kepentingan dan kepakaran individu, dan input mereka akan dikeluarkan sebagai kenyataan oleh sekretariat PN.
Jelasnya, dasar itu akan menjadi kesinambungan Wawasan Kemakmuran Bersama ketika pentadbirannya.
Antara 26 Ahli Parlimen termasuk bekas menteri dari pentadbiran Muhyiddin sebelum ini, kini ditugaskan membayangi pengganti mereka, termasuk Ahli Parlimen PN penggal pertama.
Menerusi senarai itu, Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin diberikan portfolio kewangan dan ekonomi, manakala Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah, memegang portfolio pendidikan.
Ahli Parlimen Bersatu penggal pertama yang dinamakan termasuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan, membayangi portfolio komunikasi dan digital, serta Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, menyelia kementerian luar.
Daripada PAS, Ahli Parlimen Bagan Serai Idris Ahmad memegang portfolio hal ehwal agama, manakala Ahli Parlimen Kubang Kerian Tuan Ibrahim Tuan Man menyelia portfolio sumber asli, alam sekitar dan perubahan iklim.
Selain itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah memegang portfolio pembangunan wanita keluarga dan masyarakat. FMT
BERITA LANJUT MENYUSUL
Muhyiddin lancar kabinet bayangan, Hadi cuma timbalannya
Baca Artikel Menarik:
- Keterangan Zeti bagi kes 1MDB masih ditunggu-tunggu
- Wanita jelita berhati iblis
- Buat apa malu-malu nak ambil gaji
- Kongsi gelap bertopeng NGO
- Sharnaaz Marah Dengan Pelakon ‘Merenyam’
- PN menang di Selangor, Azmin dijangka kembali menjadi Menteri Besar
- Istiadat kurniaan pingat Wilayah Persekutuan terakhir disempurnakan Agong
- Mat Sabu kini bergelar Datuk Seri
- Orang beri kontrak pada anak, menantu kini cakap tentang ketelusan – Anwar
- Saya perlu menyelamat Umno daripada musuh dalam parti – Zahid
- Lelaki kurang siuman maut di Masjid Pulau Melaka, ini puncanya
- Jaafar Jackson lakonkan watak Michael Jackson
- Pathaan pecah panggung walau ada usaha diboikot
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.