SPRM sahkan akaun Bersatu dibeku
SPRM sahkan akaun Bersatu dibeku
Tan Sri Azam Baki mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan akaun-akaun milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata, akaun terbabit dibekukan untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram.
Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.
Pengesahan itu diberikan selepas parti terbabit mendedahkan akaun mereka untuk tahun 2020 dan 2021.
Pembekuan akaun berkenaan disahkan oleh salah seorang anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman.
Semalam, bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad menyiarkan penyata akaun Bersatu bagi tahun 2020 dan 2021 yang telah diaudit dan menyeru Parti Keadilan Rakyat dan DAP melakukan perkara sama.
Difahamkan pembekuan akaun Bersatu itu berkaitan dengan siasatan dakwaan penyelewengan berbilion ringgit untuk pakej rangsangan Covid-19.
Namun, sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassinmenafikan dakwaan berlakunya penyelewengan dana RM92.5 bilion ketika pentadbirannya. MG
SPRM sahkan akaun Bersatu dibeku
Baca Artikel Menarik:
- Keterangan Zeti bagi kes 1MDB masih ditunggu-tunggu
- Wanita jelita berhati iblis
- Buat apa malu-malu nak ambil gaji
- Kongsi gelap bertopeng NGO
- Sharnaaz Marah Dengan Pelakon ‘Merenyam’
- PN menang di Selangor, Azmin dijangka kembali menjadi Menteri Besar
- Istiadat kurniaan pingat Wilayah Persekutuan terakhir disempurnakan Agong
- Mat Sabu kini bergelar Datuk Seri
- Orang beri kontrak pada anak, menantu kini cakap tentang ketelusan – Anwar
- Saya perlu menyelamat Umno daripada musuh dalam parti – Zahid
- Lelaki kurang siuman maut di Masjid Pulau Melaka, ini puncanya
- Jaafar Jackson lakonkan watak Michael Jackson
- Pathaan pecah panggung walau ada usaha diboikot
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.