MyNews perlukan 500 pekerja baharu

MyNews perlukan 500 pekerja baharu

MyNews Holdings Bhd memerlukan 300 hingga 500 pekerja bagi membolehkannya beroperasi pada paras optimum.

Penganalisis Maybank Investment Bank, Jade Tam, berkata kedai runcit MyNews masih lagi terkesan dengan kekurangan tenaga kerja dan ia memerlukan tambahan pekerja sekurang-kurangnya 10 peratus hingga 15 peratus daripada jumlah tenaga kerjanya sekarang.

Beliau berkata, MyNews menyasarkan untuk membuka 50 kedai baharu bagi tahun kewangan 2023 dengan 80 peratus untuk kedai baharu CU dan bakinya membabitkan kedai Mynews dan Mynews Supervalue.

Katanya, pengembangan kedai CU akan perlahan berikutan skala ekonomi yang mencukupi telah dicapai untuk membantu kadar penggunaan pusat pemprosesan makanannya (FPC) dan keseluruhan capaian pelanggan.

“Jualan keseluruhan pada suku pertama 2023 (November 2022 hingga Januari 2023) dijangka lebih baik dari suku ke suku tahunan terutamanya didorong oleh jualan yang kukuh semasa cuti sekolah pada Disember 2022.

“Namun, perlu ambil perhatian bahawa kedai runcit MyNews masih terjejas teruk oleh kekurangan tenaga kerja dan tambahan 10 peratus hingga 15 peratus (300 hingga 500 kakitangan) daripada jumlah tenaga kerjanya diperlukan untuk kumpulan beroperasi pada tahap optimum,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Pada tahun kewangan 2021, MyNews mempunyai 2,112 pekerja dengan nisbah lelaki dan perempuan sebanyak 52:48, sementara pekerja asing mewakili 17 peratus tenaga kerjanya.

Menuju ke hadapan, Tam berkata, fokus MyNews adalah untuk mengurangkan kadar pembaziran dalam kedai dan menambah baik campuran produknya.

Beliau berkata, pengendali rangkaian runcit itu dijangka mencatatkan pemulihan pendapatan ke paras prapandemik akan beransur-ansur.

“Kami percaya bahawa pengguna akan berpendirian lebih berhati-hati dalam perbelanjaan sepanjang tahun kewangan 2023 kerana tekanan inflasi lebih berat ke atas keseluruhan pendapatan isi rumah selepas belanja ‘balas dendam’ pada tahun kewangan 2022,” katanya.

Beliau juga menjangkakan tinjauan MyNews bagi tahun kewangan 2023 positif, namun penambahbaikan selanjutnya dalam operasi CU dan FPC diperlukan untuk pendapatan kumpulan pulih ke paras sebelum pandemik.

Justeru, ia kekal dengan saranan ‘beli’ saham MyNews dengan harga sasaran (TP) tidak berubah sebanyak 80 sen. BH

MyNews perlukan 500 pekerja baharu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri

Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker