Pemecatan, penggantungan pemimpin kanan UMNO semakin panas

Isu pemecatan dan penggantungan keahlian pemimpin-pemimpin UMNO semakin panas apabila segelintir pihak mempertikaikan keputusan berkenaan.Malah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri turut tampil menyatakan pendirian bahawa beliau tidak bersetuju dengan pemecatan dan penggantungan itu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau membantah keputusan berkenaan atas alasan pemecatan dan penggantungan dibuat tidak mematuhi proses perundangan dan bertentangan dengan prinsip keadilan asasi seperti hak membela diri.

“Dalam isu ini tiada surat tunjuk sebab bagi yang dituduh mengetahui tuduhan terhadap mereka.

“Selain itu, tiada ruang menjawab pertuduhan melalui surat tunjuk sebab tersebut,” katanya menerusi hantaran di Instagram beliau pada Sabtu.

Suara-suara tidak berpuas hati ahli akar umbi tentang keputusan itu juga banyak diluahkan di media sosial dengan segelintir mereka menyindir pimpinan parti itu yang dianggap bersikap seperti ‘kuku besi’.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat memecat bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

UMNO turut menggantung selama enam tahun keahlian Ketua UMNO Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Salim Sharif.

Ekoran timbulnya pertikaian dalam isu berkenaan, seharusnya keputusan yang dibuat perlu diteliti semula supaya proses pemecatan dan penggantungan benar-benar mengikut perundangan yang ditetapkan.

Ia untuk menjaga nama baik UMNO sendiri dan bagi memastikan parti itu kekal dihormati oleh ahli dan penyokong mereka.

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

https://mykmu.net/2023/01/26/kecil-kecil-jadi-pembuli-video/​

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker