Kes bunuh babit pegawai kanan polis di Tawau, KPN jamin siasatan telus

BANDAR PERMAISURI: Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani memberi jaminan bahawa siasatan berhubung kes bunuh di Tawau, Sabah yang dipercayai melibatkan pegawai dan anggotanya akan dibuat secara telus.

Beliau berkata siasatan yang dijalankan sendiri oleh pasukan khas dari Bukit Aman itu tidak akan mengambil kira apa juga status mereka yang terlibat dan undang-undang akan dikuatkuasakan terhadap mereka jika didapati bersalah.

“Oleh kerana ia melibatkan sensitiviti berkait dengan mereka yang terlibat, buat masa ini kita perlu buat siasatan yang terperinci kerana kita perlu betul-betul pasti dengan motif pelaku.

“Jika betul mereka terlibat, tindakan undang-undang tetap diambil,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Terengganu International Endurance Park di Setiu di sini hari ini

Beliau mengulas mengenai empat pegawai kanan dan empat pegawai rendah polis yang direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkaitan Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Tawau.

Sebelum ini, Pesuruhjaya Polis Sabah Idris Abdullah dilaporkan berkata PDRM telah menubuhkan pasukan siasatan khas dari Bukit Aman bagi menjalankan siasatan kes terbabit.

Sementara itu, mengenai penahanan beberapa individu termasuk pegawai dan anggota polis yang disyaki terlibat dalam sebuah pertubuhan haram di Dungun baru-baru ini, Acryl Sani berkata siasatan telus akan dilakukan dan pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang terlibat.

“Kumpulan ini begitu ketara hingga mereka buat tindakan-tindakan (keterlaluan), hingga sanggup buat ugutan kepada polis sendiri. Jadi kita tidak boleh biar kegiatan seperti ini berleluasa,” katanya.

Ditanya sama ada pihaknya mengesan kegiatan pertubuhan sama di negeri lain, beliau berkata setakat ini tiada sebarang maklumat diperoleh mengenai perkara itu.

Beliau berkata pihak polis menerima maklumat bahawa pertubuhan haram tersebut aktif di sekitar Dungun sejak 2021.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker