Jangan Salahkan Presiden Parti, Itu Keputusan Lembaga Disiplin – Saarani [VIDEO]
Tiada Jaminan UMNO Tak Berpecah Jika Tiada Ahli Dipecat, Gantung
Jangan Salahkan Presiden Parti, Itu Keputusan Lembaga Disiplin – Saarani
Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berharap tiada pihak yang menyalahkan Presiden parti berhubung pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO pada Jumaat.
Beliau berkata, keputusan yang menyaksikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Tan Sri Noh Omar dipecat adalah hasil siasatan Lembaga Disiplin UMNO berdasarkan laporan dan aduan yang diterima.
“Dalam UMNO ini yang menjatuhkan hukum bukan Presiden parti. Jatuh hukum adalah Lembaga Disiplin parti.
“Jika ada aduan yang dibuat ke atas seseorang ahli kepada Lembaga Disiplin maka lembaga itu akan mengadakan siasatan, menghakimi dan (seterusnya) membuat keputusan.
“Laporan itu kemudiannya dibawa dalam mesyuarat MKT (Majlis Kerja Tertinggi) semalam. Presiden parti yang mempengerusikan mesyuarat hanya membacakan, bukan dia yang buat keputusan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Sabtu.
Pada Jumaat media melaporkan, bekas Ahli Parlimen Rembau dan bekas Pengerusi UMNO Selangor itu dipecat daripada UMNO serta-merta.
UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden parti, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun.
Saarani yang juga Menteri Besar Perak menegaskan, sebagai ahli perlu akur kepada perlembagaan dan peraturan parti bahawa mana-mana ahli yang membuat silap dan melanggar disiplin akan dikenakan tindakan.
Tambahan pula katanya, tiada jaminan bahawa UMNO tidak akan mengalami perpecahan sekiranya mereka yang melanggar disiplin ini tidak dipecat dan digantung.
“Kedapatan seseorang ahli parti telah melanggar disiplin melampau-lampau, jatuhkan maruah parti, bocorkan rahsia dan kutuk presiden. Bukan tegur tetapi dia kutuk.
“Siapa boleh bagi jaminan jika Lembaga Disiplin tak ambil tindakan kepadanya maka UMNO akan terus kukuh kerana di luar sana orang menyalahkan juga apalah presiden parti, apalah lembaga disiplin tak ambil tindakan, orang marah dan akan berpecah belah juga,” katanya. SH
Jangan Salahkan Presiden Parti, Itu Keputusan Lembaga Disiplin – Saarani
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Rasuah atau sedekah: Kerajaan perlu bersuara, SPR dan SPRM kena sepakat
- Meerqeen, Anna macam suami isteri sebenar
- Dua anggota Ayahanda Harimau Kumbang dibebas dengan jaminan polis
- Naib Presiden UMNO: Siapa bertahan, siapa mencabar?
- Sanusi terus bermain isu perkauman – Ismail
- Agensi umrah didakwa bolot tiket penerbangan
- Mayat dalam semak adalah Zarina Mukhtar
- Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri
- Pergaduhan isteri pertama dan kedua, Ini komen anak Zainal Abidin Hassan
- Buaya hantar jasad budak lelaki tidak akan dipindahkan
- Proton X90, sedan baharu Perodua tarikan utama 2023
- Janna Nick Nafi Jadi Punca Fyna Jebat & Isteri Pertama Bertarik Rambut
- Noorkhiriah mengaku salahnya sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]