‘Pembersihan’ Umno tamatkan pertelagahan 4 tahun – Razlan
‘Pembersihan’ Umno tamatkan pertelagahan 4 tahun – Razlan
Keputusan Umno memecat serta menggantung keahlian beberapa pemimpinnya malam tadi menamatkan “pertelagahan” sesama sendiri yang berlanjutan lebih empat tahun, menurut Razlan Rafii.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata usaha Umno untuk mengembalikan keyakinan rakyat perlu dilakukan bermula sekarang selepas menoktahkan masalah dalaman.
“Selama empat tahun kita sibuk layan kerenah pemimpin kita sendiri, ada saja kenyataan yang tidak berdisiplin yang menunjukkan pergaduhan pandangan, pendapat.
“Orang tidak akan yakin kalau kita (Umno) tidak menunjukkan penyatuan dan kesatuan.
“Apa yang kita (perlu) lakukan hari ini pada pandangan saya, kita kena ada gerak kerja lima tahun untuk kembalikan keyakinan rakyat,” katanya kepada Malaysikini.
Malam tadi, mesyuarat MKT tertinggi Umno memecat bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan ahli MKT Noh Omar atas sebab melanggar disiplin parti sewaktu PRU15.
Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas naib presiden, Hishammuddin Hussein, bekas ketua penerangan Shahril Sufian Hamdan, bekas ahli parlimen Jempol Salim Sharif dan bekas Adun Tiram Maulizan Bujang pula digantung selama enam tahun.
Terdahulu, Noh pada mulanya digantung selama enam tahun namun dia meminta kepimpinan supaya memecatnya.
Ditanya sama ada keputusan Umno memecat dan menggantung nama-nama besar parti itu akan memberi kesan kepada survival Umno, Razlan berkata tiada pemimpin yang lebih besar berbanding Umno dan menjadi tanggungjawab semua pihak mempertahankan parti.
“Nama-nama besar semua ada tanggungjawab, pada diri dan parti. Jika kita buat kenyataan yang popular tapi tidak menguntungkan parti, itu tidak bertanggungjawab.
“Nama-nama besar sepatutnya fikir terlebih dulu…KJ kata parti ini telah sesat. Bila buat kenyataan sebegitu, apakah KJ telah fikir kesannya kepada parti.
“Kesan daripada kenyataan nama besar itu menyebab orang melihat parti ini caca marba,” katanya lagi. Mk
‘Pembersihan’ Umno tamatkan pertelagahan 4 tahun – Razlan
Baca Artikel Menarik:
- Rasuah atau sedekah: Kerajaan perlu bersuara, SPR dan SPRM kena sepakat
- Meerqeen, Anna macam suami isteri sebenar
- Dua anggota Ayahanda Harimau Kumbang dibebas dengan jaminan polis
- Naib Presiden UMNO: Siapa bertahan, siapa mencabar?
- Sanusi terus bermain isu perkauman – Ismail
- Agensi umrah didakwa bolot tiket penerbangan
- Mayat dalam semak adalah Zarina Mukhtar
- Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri
- Pergaduhan isteri pertama dan kedua, Ini komen anak Zainal Abidin Hassan
- Buaya hantar jasad budak lelaki tidak akan dipindahkan
- Proton X90, sedan baharu Perodua tarikan utama 2023
- Janna Nick Nafi Jadi Punca Fyna Jebat & Isteri Pertama Bertarik Rambut
- Noorkhiriah mengaku salahnya sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]
Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)