Derita 10 jari melekat
Derita 10 jari melekat
IPOH – Impian seorang kanak-kanak untuk mempunyai jari sempurna kian tercapai apabila pembedahan untuk memisahkan anggota yang bercantum akibat penyakit kulit rapuh berjaya baru-baru ini.
Aina Afieyah Muhamad Nazreen Shah, 6, gembira apabila boleh menggerakkan jarinya dan berharap untuk segera sembuh bagi membolehkannya menguruskan diri sendiri.
Bapanya, Muhamad Nazreen Shah Musthafa, 34, berkata, pembedahan dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
“Selepas dua minggu, Afieyah boleh menggerakkan jarinya ketika balutan dibuka bagi mencuci luka.
“Dia suka mewarna dan bercita-cita untuk menjadi seorang pelukis. Sebab itu apabila tahu dia akan menjalani pembedahan, dia sangat teruja,” kata jurugambar sambilan itu ketika ditemui di sini semalam.
Menurut Muhammad Nazreen, anaknya sering bercakap ingin memegang jari-jemarinya dan tidak sabar untuk menguruskan diri sendiri.
Tambahnya, pembedahan sepatutnya dilakukan lebih awal, namun tertangguh ekoran pandemik selain keadaan kesihatan anaknya yang tidak mengizinkan.
“Kesemua jari tangan kanannya melekat akibat luka berulang ketika kecil. Pembedahan juga dijalankan bagi membuang 18 batang giginya yang rosak,” katanya.
Sementara itu, menceritakan sikap Afieyah, Muhamad Nazreen Shah berkata, walaupun menderita sakit kulit yang kronik, anaknya itu sama sekali tidak pernah mengeluh mahupun merungut.
“Dia tak pernah merungut mengenai keadaan fizikalnya, dia sudah terbiasa sejak lahir. Dia budak yang mudah faham dan matang selain kuat semangat,” katanya.
Ujar Muhamad Nazreen, Afieyah tak pernah putus asa walaupun luka pada badannya terlalu banyak, manakala zikir dan doa menjadi penguat semangatnya.
Tambahnya, seorang lagi anaknya, Muhammad Mikhail, 1, juga menghidap penyakit sama, namun keadaannya tidak terlalu serius.
“Bila diuji begini, saya dan isteri amat teliti dalam aspek penjagaan luka. Setiap bulan saya perlu sediakan antara RM5,000 hingga RM7,000 untuk beli set cuci luka, pembalut khas bagi menutup bahagian kulit yang terkoyak dan lampin pakai buang,” katanya.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan bantuan ke akaun Muhamad Nazreen Syah 162085541395 (Maybank) atau hubungi di talian 011-3651 2046. K Online
Derita 10 jari melekat
Baca Artikel Menarik:
- Rasuah atau sedekah: Kerajaan perlu bersuara, SPR dan SPRM kena sepakat
- Meerqeen, Anna macam suami isteri sebenar
- Dua anggota Ayahanda Harimau Kumbang dibebas dengan jaminan polis
- Naib Presiden UMNO: Siapa bertahan, siapa mencabar?
- Sanusi terus bermain isu perkauman – Ismail
- Agensi umrah didakwa bolot tiket penerbangan
- Mayat dalam semak adalah Zarina Mukhtar
- Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri
- Pergaduhan isteri pertama dan kedua, Ini komen anak Zainal Abidin Hassan
- Buaya hantar jasad budak lelaki tidak akan dipindahkan
- Proton X90, sedan baharu Perodua tarikan utama 2023
- Janna Nick Nafi Jadi Punca Fyna Jebat & Isteri Pertama Bertarik Rambut
- Noorkhiriah mengaku salahnya sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.