Zahid Hamidi ibarat ‘jurulatih bola’ cari pemain terbaik untuk pasukan UMNO
Zahid Hamidi ibarat ‘jurulatih bola’ cari pemain terbaik untuk pasukan UMNO
Pembersihan UMNO secara besar-besaran tidak boleh dilihat sebagai taktik menyingkirkan puak yang tidak sependapat dengan pucuk kepemimpinan, khususnya Presiden sebaliknya penting bagi menjaga keharmonian parti itu.
Malah, langkah itu dilihat penganalisis politik sebagai usaha bagi mengukuhkan kembali parti berkenaan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menyaksikan UMNO kini menjadi sebahagian Kerajaan Perpaduan diketuai Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penganalisis politik, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, berkata dengan menggunakan analogi perlawanan bola sepak bagi Piala Dunia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO, ibarat sebagai jurulatih pasukan.
Justeru, katanya dalam pasukan UMNO, sudah tentu ‘jurulatih’ ini mahukan pasukan yang ada kesepakatan bukan hanya bergantung kepada pemain tertentu saja.
“Ini kerana ada individu tertentu boleh menyebabkan kelemasan dalam pasukan yang membawa ketidakharmonian dalam pasukan yang menyebabkan pasukan tersingkir awal dalam pertandingan .
“Maka, Presiden UMNO harus memilih mereka yang bersesuaian untuk berada di medan pertempuran,” katanya kepada BH.
Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidimemaklumkan akan ada pembersihan besar-besaran terhadap mereka yang mensabotaj parti dan calon pada pilihan raya umum lalu.
Kenyataan itu yang secara tidak langsung memberi isyarat beberapa pemimpin bakal disingkirkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam ini.
Pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) yang lalu melalui usul tambahan diluluskan supaya tidak ada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi parti, iaitu Presiden dan Timbalan Presiden.
Ahmad Zaharuddin Sani yang juga bekas Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir (IPDM) menegaskan apa yang cuba dilaksanakan Presiden UMNO itu adalah bagi mencari ‘pemain’ yang boleh bersama dalam satu pasukan.
Katanya, Presiden UMNO itu juga mencari ‘pemain’ yang boleh bermain dalam rentak, taktikal dan teknikal yang sama serta boleh mewujudkan kesepakatan dalam pasukan.
“Ini kerana keharmonian di dalam dan di luar parti itu cukup penting bukan sekadar kehebatan atas ‘padang’, tatasusila luar parti juga boleh menyebabkan kebobrokan, maka perlu difikirkan kaedah yang terbaik untuk pemain itu.
“Pada masa yang sama, boleh saja mana-mana individu merasakan mereka hebat dan pasukan lain boleh mengambilnya serta mungkin boleh menjadi lebih hebat daripada pasukan sedia ada.
“Namun, perlu diingat ada juga pemain yang berpindah randah akhirnya tenggelam dalam pasukan baharu,” katanya.
Justeru, beliau menegaskan pembersihan itu perlu dilakukan untuk keharmonian parti .
“Keharmonian terhasil daripada sifat tata susila dan tingkah laku seseorang yang membawa kepada pembentukan pasukan. Jika ini gagal dilaksanakan maka pincanglah pasukan itu,” katanya. BH
Zahid Hamidi ibarat ‘jurulatih bola’ cari pemain terbaik untuk pasukan UMNO
Baca Artikel Menarik:
- Rasuah atau sedekah: Kerajaan perlu bersuara, SPR dan SPRM kena sepakat
- Meerqeen, Anna macam suami isteri sebenar
- Dua anggota Ayahanda Harimau Kumbang dibebas dengan jaminan polis
- Naib Presiden UMNO: Siapa bertahan, siapa mencabar?
- Sanusi terus bermain isu perkauman – Ismail
- Agensi umrah didakwa bolot tiket penerbangan
- Mayat dalam semak adalah Zarina Mukhtar
- Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri
- Pergaduhan isteri pertama dan kedua, Ini komen anak Zainal Abidin Hassan
- Buaya hantar jasad budak lelaki tidak akan dipindahkan
- Proton X90, sedan baharu Perodua tarikan utama 2023
- Janna Nick Nafi Jadi Punca Fyna Jebat & Isteri Pertama Bertarik Rambut
- Noorkhiriah mengaku salahnya sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.