Fauziah Reda Diceraikan ND Lala

Fauziah Reda Diceraikan ND Lala

Susulan daripada lafaz perceraian yang dilafazkan penyanyi Datuk ND Lala terhadap isteri, Datin Fauziah Sarman, ibu kepada penyanyi Shila Amzah memaklumkan bahawa dia reda dengan ketentuan itu.

Fauziah ada memuat naik hantaran panjang lebar mengenai kisah perceraiannya itu di Instagram bertujuan untuk mengelak fitnah dan memberi kenyataan daripada pihaknya.

Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 Ogos 2023) melalui WhatsApp.

Ujarnya lagi, dia tidak menafikan kenyataan yang telah tertulis dan menerimanya dengan hati yang positif.

Doakan saya untuk terus kuat sebagaimana saya kuat selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan.
Terima kasih untuk doa semua dan buat mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat panjang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata.

Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas budi baik dan kasih sayang kalian semua
Terdahulu, Fauziah ada memuat naik foto seorang wanita dipercayai mencuba menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya.

Dia juga dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 3 April bagi tujuan memfailkan perceraian terhadap bekas suami namun dinafikan anak bongsunya, Syada Amzah.

Sekadar info, Fauziah dan ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1989.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nurshahila, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada.

Fauziah Reda Diceraikan ND Lala

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid

Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak

Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan

Kenapa saya diceraikan – Adibah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker