Guna aplikasi MyBayarSaman dalam talian, PDRM tawar 50 peratus diskaun saman


KUALA LUMPUR, 25 Mac — Rakyat Malaysia yang mempunyai saman kompaun trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menikmati tawaran diskaun sehingga 50 peratus bermula hari ini hingga 11 April menerusi portal dan aplikasi “MyBayarSaman”.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata tawaran itu diberikan kepada mereka menerusi pendaftaran portal dan aplikasi mudah alih “MyBayar Saman” bagi memberi kemudahan melunaskan kompaun saman trafik secara dalam talian.

Beliau berkata tawaran diskaun itu bagaimanapun tidak terpakai untuk kesalahan utama trafik antaranya melanggar lampu isyarat merah; memandu melebihi had laju ditetapkan; memotong garisan berkembar; menggunakan telefon semasa memandu dan memandu di lorong kecemasan.

“Menerusi aplikasi ini orang awam dapat melakukan pembayaran secara dalam talian tanpa perlu beratur bersesak di kaunter-kaunter bayaran sedia ada sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata dalam demikian pada sidang media selepas melancarkan sistem bayaran saman secara dalam talian (MyBayar Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Bukit Aman, di sini. Bernama

Diskaun 50% jika bayar kompaun langgar SOP PKP dalam 7 hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker