Suhaimi sasar jadikan RTM jenama No 1 penyiaran
Suhaimi sasar jadikan RTM jenama No 1 penyiaran
Personaliti penyiaran, Suhaimi Sulaiman yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia memberi tempoh enam bulan untuk melakukan transformasi terhadap Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai jenama nombor satu dalam bidang penyiaran.
Suhaimi berkata, menerusi pertemuan bersama pengurusan tertinggi beliau menyenaraikan enam kategori utama yang ingin dilaksanakan dalam mengubah hala tuju RTM menjadi sebuah stesen penyiaran terkemuka.
“Dalam tempoh enam bulan pertama ini saya ingin melihat RTM menjadi jenama nombor satu dalam kategori berita dan ‘breaking-news’, hal ehwal semasa dan dokumentari, drama dan telemovie, bual bicara dan perbincangan intelektual, konsert dan program hiburan serta kapsul.
“RTM mempunyai kapasiti dan kelengkapan yang canggih sekali gus boleh menjadi sebuah stesen penyiaran yang hebat di negara ini. Kita memiliki segala-galanya, cuma tinggal nak ubah sikit-sikit saja dan kalau ada benda yang tidak menjadi kita usaha sampai berjaya.
“Sekiranya setiap kerja itu dilaksanakan dengan betul dan bersedia berubah demi kebaikan, tidak mustahil dalam tempoh enam bulan ini RTM boleh menjadi sebuah jenama yang boleh dibanggakan. Lagipun siapa tak nak jadi nombor satu.
“Di RTM juga saya jumpa ramai orang muda yang begitu teruja serta mahukan perubahan. Saya menjadi bertambah semangat dan gembira untuk melihat perubahan yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi,” katanya.
Suhaimi yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan penyiaran serta pernah berkhidmat di Kumpulan Media Sarawak, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Astro Awani dan Media Prima mendedahkan beliau sebenarnya ingin bersara dalam bidang terbabit demi memberi fokus kepada kehidupan peribadi dan ingin berbakti kepada masyarakat namun menganggap pelantikan ini adalah amanah yang perlu dipikul.
“Selepas tidak bersama dengan TVS (TV Sarawak) sejak Julai tahun lalu, saya mengambil keputusan untuk menguruskan beberapa perniagaan di Melaka selain menyediakan beberapa perkhidmatan dan latihan berkaitan industri media dan penyiaran.
“Namun, ketika Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, mengajak saya berjumpa dan memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu saya menerajui RTM, saya tidak boleh menolak.
“Walaupun pada awalnya saya mahu bersara tapi apabila ada tokoh yang sanggup jumpa dan mahu kita berkhidmat serta melakukan kerja yang baik, saya rasa ini adalah satu tanggungjawab yang perlu saya galas dengan sebaik mungkin.
“Saya anggap ini adalah jalan yang sudah Tuhan susun untuk saya berbakti dan berkongsi kepada masyarakat melalui pengalaman dan kepakaran yang saya miliki. Apabila kita sudah meningkat dewasa, kita melihat dunia itu dalam perspektif yang berbeza dan ini salah satu cara untuk saya berkhidmat untuk negara,” katanya kepada Harian Metro.
Suhaimi, 61, adalah pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari City University, Bellevue, Washington, Amerika Syarikat (AS) dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Portland State University, Portland, Oregon.
Beliau pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam bidang penyiaran dan kewartawanan termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pengarang Astro Awani pada 2017 dan Pengerusi Bernama pada 2020. HM
Suhaimi sasar jadikan RTM jenama No 1 penyiaran
Baca Artikel Menarik:
- Kakitangan kerajaan negeri terima bonus dikecualikan cukai – Anwar
- ‘Kelakuan jengkel’ Shafee meletihkan mahkamah – Zaid
- Sudah macam ‘gila talak’
- Shahrir sindir Ambiga, bila kawan sendiri kena baru salah guna kuasa
- Ramasamy tak puas hati hanya dua wakil bukan Melayu dalam MPPK
- Intel beri komitmen pelaburan RM30 bilion
- Jual rumah, kereta akibat gaji tertunggak
- Anwar mampu kembalikan martabat Malaysia – Abang Johari
- “Masa Kahwin, I Buang Karier, I Fokus Jaga Suami & Anak-Anak” – Luah Puteri Sarah
- Kedekut nak beri beg plastik, lelaki naik angin rempuh kedai serbaneka
- Umno Alor Setar buat pusing U, akur jawatan ‘top 2’ tak dipertandingkan
- Myvi buat hal rempuh Hilux (Video)
- 10 Sebab Kenapa Kerajaan Perlu Hapuskan Monopoli Touch ‘n Go
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson
You must be logged in to post a comment.