Bank Rakyat perkenal platform lelongan secara dalam talian

Bank Rakyat perkenal platform lelongan secara dalam talian

Bank Rakyat memperkenalkan platform lelongan secara dalam talian, e-Lelong Ar-Rahnu bagi membolehkan pelanggan membuat bidaan barangan kemas atau barangan emas Pajak Gadai-i di mana-mana sahaja.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, pengenalan inisiatif itu bertujuan untuk mempertingkat produktiviti dan kecekapan pengendalian sesi lelongan, mengikut masa sebenar selain membantu menjimatkan masa pelanggan dan memastikan tidak berlakunya ketirisan maklumat.

Katanya, menerusi platform ini, pelanggan berdaftar boleh mengakses maklumat dengan lebih mendalam mengenai butiran barang lelongan, rekod transaksi lepas, tempat lelongan barangan dan harga rizab dengan lebih lancar dan mudah.

“Identiti pembida juga dirahsiakan yang mana secara tidak langsung meningkatkan ketelusan dan integriti proses lelongan.

“Pelaksanaan platform e-Lelong Ar-Rahnu ini menunjukkan komitmen berterusan bank dalam menyesuaikan capaian platform kepada tawaran produk dan perkhidmatan bank, dengan keperluan pelanggan serta persekitaran yang berubah-ubah menerusi penggunaan teknologi dan pendigitalan dalam operasi perniagaan,” katanya.

Untuk permulaan, barangan lelong yang ditawarkan adalah menerusi 10 cawangan Bank Rakyat dan Ar-Rahnu X’Change di Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu di Sentul, Jalan Rakyat, Ampang, Shah Alam, Melawati.

Selain itu, cawangan Bank Rakyat di Desa Pandan, Jalan Tangsi, Bangsar, Serdang Raya dan Seksyen 23, Shah Alam.

Bagaimanapun, tawaran bagi inisiatif ini akan diperluaskan ke semua cawangan Bank Rakyat atau Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara secara berperingkat.

Pelanggan yang berminat boleh layari laman web e-Lelong, arrahnueauction.bankrakyat.com.my/ untuk mendaftar dan ikuti media sosial rasmi Bank Rakyat untuk sebarang notifikasi lelongan Pajak Gadai-i.

Sesi lelongan berlangsung setiap bulan, pada 20 atau 21 hari bulan. HM

Bank Rakyat perkenal platform lelongan secara dalam talian

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker