Tindakan hantar bantahan kepada JPPM tindakan berani – Khairy

Tindakan hantar bantahan kepada JPPM tindakan berani – Khairy

Tindakan dua ahli UMNO menghantar notis bantahan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) disifatkan sebagai berani.

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairj Jamaluddin berkata, tindakan yang diambil ahli UMNO dari Kuala Terengganu dan Seremban itu menunjukkan masih ada ahli yang waras dalam UMNO.



Khairy Jamaluddin yang membuat komen melalui Instagram berkata, beliau yakin RoS akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan yang diluluskan PAU2022.

“Well done (bagus). Ada yang masih berani dan waras dalam UMNO.

“Saya yakin dengan kredibiliti RoS untuk membuat semakan terhadap usul Rembau di PAU,” kata Khairy Jamaluddin.

Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan Muhammad Fiqri Firdaus menghantar notis bantahan kepada RoS hari ini.



Notis itu diterima Ketua Pengarah RoS, Mohd Nawardi Saad di pejabatnya di Blok D7, Kementerian Dalam Negeri pada pukul 11.30 pagi.

Mereka menyatakan bahawa keputusan yang dibuat dalam PAU2022 tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan UMNO.

“Perlembagaan UMNO, Fasal 9.3 menyatakan Presiden, Timbalan Presiden hendaklah dipilih Mesyuarat Perwakilan Bahagian tiap-tiap tiga tahun sekali.

“Ia bagi memastikan demokrasi di dalam UMNO sentiasa subur.



“Dalam mencadangkan dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan, wakil UMNO Bahagian Rembau telah membolehkan pihak berkepentingan mengambil kesempatan dan secara tidak langsungnya telah melemah serta menjejaskan proses demokrasi di peringkat tertinggi di dalam UMNO,” kata Muhammad Aizat Fikri

Selain itu, Aizat Fikri berkata, semua keputusan atau usul diputuskan di dalam persidangan yang bertentangan dengan Perlembagan UMNO, adalah tidak sah.

“Peraturan UMNO, Perenggan 4.1 menyatakan bahawa persidangan hendaklah diadakan menurut Perlembagaan UMNO.

“Peraturan UMNO perenggan 15.3 menyatakan laporan persidangan perlulah dilakukan dan mesti dihantar kepada RoS dalam tempoh 28 hari selepas persidangan,” katanya.



Sehubungan itu, beliau memohon agar RoS melihat laporan tersebut dan seterusnya memutuskan untuk tidak meluluskan usul tersebut di dalam laporan persidangan itu.

Pada Sabtu lalu, perwakilan dalam PAU2022 meluluskan usul dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan menerusi pungutan suara.

Ini bermakna jawatan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden dan timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan tidak akan dipertandingkan, pada pemilihan yang perlu dibuat sebelum 19 Mei. MG

Tindakan hantar bantahan kepada JPPM tindakan berani – Khairy



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu



Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker