Peperiksaan SPM 2022 bermula 30 Januari ini

Peperiksaan SPM 2022 bermula 30 Januari ini

Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, peperiksaan amali sains SPM akan bermula pada 30 Januari ini.

Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang melibatkan 403,637 bermula dari 20 Februari hingga 15 Mac 2023

Manakala ujian bertutur bahasa Melayu pada 7 dan 9 Februari dan bahasa Inggeris pada 13 hingga 15 Februari.

Ujian mendengar bahasa Melayu dan bahasa Inggeri pada 16 Februari.

Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan ini, seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini dan sebanyak 3,355 pusat peperiksaan disediakan di seluruh negara.

”KPM ingin mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my

Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.
dan hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPM tahun 2022. MG

Peperiksaan SPM 2022 bermula 30 Januari ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker