Kek jeli 3D dapat tempahan tinggi, hanya belajar buat dari Youtube
Kek jeli 3D dapat tempahan tinggi, hanya belajar buat dari Youtube
JOHOR BAHRU: Hanya mempelajari teknik membuat kek jeli tiga dimensi (3D) menerusi YouTube, seorang suri rumah mampu menjana pendapatan beribu ringgit sebulan apabila menerima banyak tempahan untuk kuih berkenaan.
Maryam Ismail, 32, graduan berkelulusan Sains Kimia dari Universiti Sains Malaysia (USM), berkata sebelum ini hanya mengambil tempahan kek perkahwinan, kek cawan dan lain-lain kuih.
Bagaimanapun, selepas mengikuti kursus ringkas pembuatan kek jeli 3D, dia mula meneroka bidang baharu itu.
“Kursus sehari mempelajari teknik asas dan selebihnya belajar menerusi YouTube dan latihan amali.
“Bermula dari situ, saya mula tertarik dengan kek jeli 3D, jadi saya banyak menghabiskan masa melatih diri dengan menonton pelbagai video YouTube, khususnya dari China dan Vietnam kerana kek jelly ini popular di sana.
“Beberapa bulan selepas itu, saya mula yakin untuk mengambil tempahan. Awalnya dapat tempahan daripada seorang rakan, kemudian terus banyak terima tempahan.
“Justeru, sejak 2017 saya terus menumpukan perhatian kepada perniagaan ini atas jenama Dhauz Kukiez Bakineer,” katanya.
Pendapatan beribu ringgit sebulan
Hanya menyatakan mampu menjana pendapatan ribuan ringgit dalam tempoh sebulan, Maryam menjelaskan tidak kisah walaupun pembuatan kuih itu agak rumit dan lama disediakan, iaitu menggabungkan corak dan warna dilakar melalui teknik suntikan pada kek 3D, namun ia sesuatu yang menyeronokkan.
“Setiap kelopak bunga dihasilkan dalam kek jeli 3D mempunyai perkakasan khas sendiri. Biasanya bunga daisi, mawar dan tulip mendapat permintaan.
“Gabungan warna tepat juga akan menjadikan kek jeli 3D dihasilkan akan nampak lebih menarik dan segar” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Mount Austin, di Johor Bahru.
Maryam berkata, pada mulanya dia mengambil tempoh lama sehingga dua atau tiga jam untuk menyiapkan satu kek jeli 3D bersaiz kecil.
Namun, selepas banyak kali mencuba, dengan mempelbagaikan teknik untuk memahirkan diri, kini dia mampu menyiapkan sebuah kek jeli 3D dalam tempoh kira-kira 30 minit.
“Alhamdulillah, syukur walaupun pembuatan kek jeli 3D ini masih kurang popular dalam kalangan masyarakat Melayu, namun ia semakin mendapat permintaan tinggi.
“Rata-rata yang menempah kek jeli ini menyatakan rasanya lebih segar dan kurang manis berbanding kek span yang berkrim.
“Maklum balas yang saya terima daripada pelanggan, mereka teruja apabila mendapat tahu ada pembuat kek jeli 3D Muslim kerana majoriti mereka yang menjual kek seperti ini adalah individu bukan Muslim,” tambahnya.
Kek ini berharga serendah RM65 sehingga RM300 mengikut saiz dan rekaan yang dijual secara dalam talian.
Perniagaan Maryam, disokong sepenuhnya oleh suami, Mohd Farkhan Yahya, 37, yang bertindak sebagai pengurus sepenuh masa.
Mohd Farkhan berkata, dia juga membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai seorang jurutera pada 2017 bagi membantu perniagaan yang dijalankan isterinya secara sepenuh masa kerana masalah kesihatan.
“Ketika itu, saya juga menghidap penyakit saraf, menyebabkan saya terpaksa kerap bercuti kerana masalah kesihatan, jadi selepas berbincang dengan isteri, saya buat keputusan untuk berhenti kerja.
“Bermula daripada itu, kami fokus kepada menjalankan perniagaan ini dengan memfokuskan pemasaran sepenuhnya melalui platform media sosial,” katanya. BH
Kek jeli 3D dapat tempahan tinggi, hanya belajar buat dari Youtube
Baca Artikel Menarik:
- Kakitangan kerajaan negeri terima bonus dikecualikan cukai – Anwar
- ‘Kelakuan jengkel’ Shafee meletihkan mahkamah – Zaid
- Sudah macam ‘gila talak’
- Shahrir sindir Ambiga, bila kawan sendiri kena baru salah guna kuasa
- Ramasamy tak puas hati hanya dua wakil bukan Melayu dalam MPPK
- Intel beri komitmen pelaburan RM30 bilion
- Jual rumah, kereta akibat gaji tertunggak
- Anwar mampu kembalikan martabat Malaysia – Abang Johari
- “Masa Kahwin, I Buang Karier, I Fokus Jaga Suami & Anak-Anak” – Luah Puteri Sarah
- Kedekut nak beri beg plastik, lelaki naik angin rempuh kedai serbaneka
- Umno Alor Setar buat pusing U, akur jawatan ‘top 2’ tak dipertandingkan
- Myvi buat hal rempuh Hilux (Video)
- 10 Sebab Kenapa Kerajaan Perlu Hapuskan Monopoli Touch ‘n Go
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson