Pemimpin PAS risau ramai wanita belum berkahwin

Seorang pemimpin tertinggi PAS hari ini mencadangkan kepada kerajaan supaya memberikan sokongan moral kepada ‘bujang senja’ yang mampu untuk berpoligami.

Tuan Ibrahim Tuan Man (Perikatan Nasional-Kubang Kerian) berkata amalan itu boleh menjadi “jalan keluar” kepada jutaan wanita yang masih belum berkahwin walaupun selepas umur 30 tahun.

“Saya melahirkan kebimbangan dalam peningkatan rakyat Malaysia yang disebut istilah bujang senja, yang lambat kahwin,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2024 di peringkat jawatankuasa kementerian itu, di Dewan Rakyat, hari ini.



Menurut timbalan presiden PAS itu, laporan bancian penduduk Malaysia pada 2010 menunjukkan bahawa 5.56 juta rakyat Malaysia berumur 30 tahun ke atas membuat keputusan sama ada untuk berkahwin lewat, belum berkahwin, atau langsung tidak mahu berkahwin.

Daripada jumlah itu, katanya, 4.8 juta adalah wanita. Alasan utama yang disebut di sebalik keputusan itu ialah masalah kewangan (56 peratus), tiada calon yang sesuai (18.4 peratus), dan kerjaya (9.4 peratus).

“Saya ingin ambil perhatian bila negara kita ini sensitif soal poligami. Bila (kita) sebut poligami macam buat jenayah.

“Saya fikir kementerian (pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat) perlu rasional dalam isu ini Di mana bagi mereka yang mampu, ada kelayakan (dan) boleh adil, satu sokongan moral perlu diberi.



“Bayangkan 8.4 juta wanita belum berkahwin,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, amalan sedemikian mungkin bukan penyelesaian muktamad untuk masalah tersebut.

Namun ia mampu memberi jalan keluar kepada wanita yang ingin berkahwin.

“Saya fikir belah sana (blok penyokong kerajaan) pun ramai yang sokong saya.



“Idea (ini) sekadar untuk dipertimbangkan kementerian mencari jalan (untuk masalah itu),” katanya.

Suasana kemudian gamat seketika apabila Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mencelah dan mengajukan soalan kepada Tuan Ibrahim.

“Kubang Kerian satu ke dua?’ soalnya sambil disambut gelak ketawa daripada ahli parlimen daripada kedua-dua pihak.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah



‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?



Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker