Zahid mahu Azalina laksana tugas berkait buku Thomas dengan segera
Zahid mahu Azalina laksana tugas berkait buku Thomas dengan segera
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menuntut segala maklumat dan agenda sulit dalam buku tulisan bekas peguam negara Tommy Thomas didedahkan serta dikorek “hingga ke lubang cacing”.
Bagi melaksanakan tugas itu, Zahid menyerahkannya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said untuk berbuat demikian.
“Kita menuntut maklumat-maklumat selama ini yang tersirat oleh penulis buku itu mesti didedahkan, segala maklumat dan agenda sulit mesti di korek hingga ke lubang cacing.
“Azalina kalau kamu gagal, kamu gagalkan Umno keseluruhannya, kalau berjaya Umno akan bagi sesuatu yang baik untuk saudari,” katanya dalam ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Thomas dilantik sebagai peguam negara apabila Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan selepas PRU14 yang diadakan pada 2018.
Bawah kendalian Thomas, Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan undang-undang terhadap sejumlah pemimpin kanan Umno termasuk Zahid dan Najib Razak.
Jemaah Menteri sebelum ini bersetuju dengan cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai dakwaan dalam buku bekas peguam negara itu “My Story: Justice in the Wilderness”.
Azalina ketika itu berkata, RCI bertujuan untuk mencari kebenaran dan mengemukakan syor kepada kerajaan untuk reformasi institusi perundangan negara.
Menurutnya, kerajaan memandang serius terhadap dakwaan pelanggaran tanggungjawab profesional suatu jawatan tertinggi kerana ketelusan dan akauntabiliti adalah asas kepercayaan rakyat kepada sistem keadilan serta institusi kerajaan.
Buku tulisan Thomas diterbitkan pada Jan 2021 dengan pelbagai kontroversi, menyebabkan kerajaan pada 8 Okt 2021 menubuhkan pasukan petugas khas, untuk menjalankan kajian awal ke atas pendedahan terkandung di dalamnya.
Pada 13 Okt tahun lalu, kerajaan menyahklasifikasi laporan pasukan petugas khas itu, antara lain mengesyorkan supaya Thomas disiasat atas kemungkinan pelbagai kesalahan. FMT
Zahid mahu Azalina laksana tugas berkait buku Thomas dengan segera
Baca Artikel Menarik:
- Jika saya menang sebagai Presiden UMNO, saya tetap sokong Anwar – KJ
- Shopee tegas tamatkan khidmat rider ‘melucah’
- Berang duit tak keluar, mesin ATM makan penumbuk di Port Dickson
- Nikah di Thailand, Majlis Agama Islam Selangor tidak iktiraf
- Pesanan Puteri Sarah kepada Ira Kazar, ‘semoga berjaya, jaga suami elok-elok’
- Terlupa tutup pintu kandang, penjaga zoo jadi arwah
- Bantah undang-undang pro-LGBTQ, wanita singkap skirt tunjuk ‘karipap’ [VIDEO]
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin
Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis