Siapa pun kemudi UMNO, kalau tak ikhlas karam semua -Shahril
Siapa pun kemudi UMNO, kalau tak ikhlas karam semua -Shahril
Parti tunjang kaum Melayu, UMNO perlu segera memulihkan imejnya yang kalah teruk dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU) untuk kembali diterima rakyat.
Menurut Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan, langkah itu perlu digerakkan segera demi meneruskan proses ‘survival’ parti.
Malah Shahril berkata, pemulihan UMNO mesti dinaungi sendiri oleh orang UMNO dan bukannya bergantung kepada kekuatan parti lain.
“Kebangkitan UMNO bukan melalui PN (Perikatan Nasional) atau PH (Pakatan Harapan), tetapi mesti melalui UMNO sendiri.
“Kalau kita mimpi jalan kebangkitan (dengan) kita tak payah reform (berubah), tak payah buat apa-apa, menang guna kekuatan orang lain, maka kita tidak ubah dengan mentaliti jalan singkat untuk merawat sakit kita.
“Kuasa atau kerusi yang dimenangi atas ihsan parti lain tanpa reform (berubah) imej tidak akan perkuatkan parti kita. Ia hanya menambah kebergantungan parti kita kepada parti lain, lantas reform (berubah) kita menempah kepada kekecewaan,” katanya dalam sesi ucapan penggulungan Perhimpunan Agung bagi sayap Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.
Shahril juga berkata, sayap Pemuda itu perlu melihat kembali matlamat dan tujuan utama mereka terjun ke arena politik.
“Esok, siapa pun kemudi parti ini, kalau tak ikhlas memperbetulkan keadaan, esok kalau karam, karam semua terus. Tiada lagi ‘team’ (pasukan) apa-apa pun. Jadi hal menentukan ‘survival’ parti mesti mengatasi segalanya.
“Keputusan yang kita buat hari ini, kenalah betul untuk lima, 10, 15 tahun akan datang. Kerana pemuda, kalau jiwanya benar-benar pemuda, akan fikir apa yang terbaik untuk parti aku dalam jangka masa panjang,” tambah Shahril lagi.
Malah sayap Pemuda juga harus mengelak daripada terjerus ke dalam politik langganan seperti aplikasi ‘Netflix’ yang boleh ditukar-tukar prinsipnya mengikut keadaan dan kehendak mana-mana pihak.
“Kalau untung kita teruskan langganan, kalau tak kita berhenti dan tukar yang lain. Berhentilah politik Netflix ini, terus bawa politik perjuangan, politik prinsip dan hentikan politik langganan,” katanya lagi. MG
Siapa pun kemudi UMNO, kalau tak ikhlas karam semua -Shahril
Baca Artikel Menarik:
- Jika saya menang sebagai Presiden UMNO, saya tetap sokong Anwar – KJ
- Shopee tegas tamatkan khidmat rider ‘melucah’
- Berang duit tak keluar, mesin ATM makan penumbuk di Port Dickson
- Nikah di Thailand, Majlis Agama Islam Selangor tidak iktiraf
- Pesanan Puteri Sarah kepada Ira Kazar, ‘semoga berjaya, jaga suami elok-elok’
- Terlupa tutup pintu kandang, penjaga zoo jadi arwah
- Bantah undang-undang pro-LGBTQ, wanita singkap skirt tunjuk ‘karipap’ [VIDEO]
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin
Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis