Resepi Spaghetti Tomyam Pedas Creamy
Resepi Spaghetti Tomyam Pedas Creamy
Kalau buat spaghetti ni selalunya asyik menu yang sama je kan. Aglio olio, carbonara dan bolognese. Muak juga kalau rasa yang sama. Sesekali teringin juga nak tukar selera lain. Apa kata jom cuba spaghetti tomyam pedas creamy yang super sedap dikongsikan oleh Shida Ambok ni.
Bahan asas lebih kurang sama je dengan spaghetti lain. Cuma kalau selama ni masak dengan sos spaghetti, kita tukarkan kepada paste tomyam. Sedap sangat rasanya, apatah lagi dibuat kuah lemak berkrim.
Rasa spaghetti ni dah jadi ala-ala melayu. Kalau nak buat over pedas pun boleh dan kena dengan rasa tomyam tu. Buat simple-simple je dah cukup sedap.
Tak perlu masukkan oregano atau apa-apa Italian herbs macam spaghetti lain. Cukup gantikan dengan serai, daun limau purut dan tomato untuk naikkan lagi aromanya.
Nak lebih sedap, boleh juga kalau anda nak masukkan ayam, udang, lala atau bahan tambahan lain. Ikut citarasa masing-masing. Untuk resepi ni, kita buat yang mudah-mudah je. Ini pun dah cukup menyelerakan.
Rasa creamy spaghetti tomyam pedas ni datangnya dari susu full cream yang dijadikan kuahnya. Biasanya masukkan 2 cawan susu untuk hidangan satu paket spaghetti pun dah memadai.
Bahan-bahan:
1 pakat spaghetti
Butter
2 biji bawang holland
5 ulas bawang putih
2 batang serai
2 sudu besar paste tomyam
Isi ayam
2 cawan susu full cream
2 biji cili padi
1 biji tomato
4 helai daun limau
Daun bawang
Cara memasak:
1. Mula-mula celurkan spaghetti dengan air mendidih. Kemudian angkat dan ketepikan.
2. Panaskan kuali, dan masukkan butter. Biarkan butter mencair.
3. Kemudian masukkan bawang holland yang dipotong dadu dan juga bawang putih yang dicincang.
4. Tumis sampai warna keperangan dan naik baunya.
5. Masukkan serai yang dipotong.
6. Lepas tu masukkan paste tomyam. Kacau sebati.
7. Kemudian masukkan isi ayam yang dipotong kecil-kecil. Biarkan semua masak sebati.
8. Masukkan susu.
9. Lepas tu masukkan spaghetti yang dah direbus lembut tadi.
10. Taburkan cili padi siap diracik, daun bawang diracik halus, tomato siap dipotong dan juga daun limau.
11. Kacau dan masakkan sekejap.
12. Dah boleh padamkan api.
Sedia dihidangkan buat keluarga. Kalau anda suka pedas, boleh potong lebih sikit cili padi. Rasa spaghetti tomyam ni bergantung juga pada citarasa anda.
Kalau suka tomyam rasa lebih, boleh lebihkan sikit paste nya. Kalau suka creamy lagi, mungkin boleh lebihkan susu. Semua bergantung pada selera anda.
Resepi spaghetti tomyam pedas creamy dari Shida Ambok ni tak masukkan garam dan sebarang perasa lain. Cukup dengan rasanya yang ada. Nanti bolehlah cuba. Pasti anak-anak suka!
Resepi Spaghetti Tomyam Pedas Creamy
Baca Artikel Menarik:
- Zahid mahu Azalina laksana tugas berkait buku Thomas dengan segera
- Pencabar intai jawatan kabinet – Shahrir
- Hishammuddin mahu bertanding jika laluan terbuka
- Tindakan disiplin tak boleh semberono – Khaled
- Zahid akui ada usaha, gerakan singkir beliau
- ‘Saya boleh kata ‘poster boy’ perlu bertanggungjawab, tapi…’
- Siapa pun kemudi UMNO, kalau tak ikhlas karam semua -Shahril
- Promosi arak secara terbuka, Mufti Pulau Pinang bangkit tegur Kerajaan DAP
- “Saya Berzina Tapi Solat, Diterima Allah Atau Tak?”- Ini Jawapan Ustaz Abdul Samad
- ‘Kikislah suami anda sebelum orang lain kikis’ – Fatin Afeefa
- Asyraf Wajdi umum tidak pertahan Ketua Pemuda, rasa bertanggungjawab atas prestasi UMNO
- Anggota imigresen ugut bunuh bekas kekasih guna pedang samurai
- Malaysia pertimbang hentikan eksport minyak sawit kepada Kesatuan Eropah – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET