Hishammuddin mahu bertanding jika laluan terbuka

Hishammuddin mahu bertanding jika laluan terbuka

Bekas menteri kanan kabinet sebelum ini, Hishammuddin Hussein, membayangkan dia akan menyertai persaingan merebut jawatan dalam parti jika pemilihan diadakan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, dia yang kini tidak memiliki sebarang jawatan kanan dalam Umno enggan mendedahkan rancangan tersebut dengan lebih lanjut.



“Kita tunggu mesyuarat PAU kali ini, dan sekiranya keputusan ada pemilihan, saya sendiri tidak keberatan untuk memikirkan untuk bertanding dalam pemilihan akan datang,” katanya.

Ditanya apakah jawatan yang sedang diintainya, anak bekas perdana menteri ketiga Malaysia itu tidak memberikan jawapan yang jelas.

“Kita kena tunggu dulu jika ada pertandingan atau tidak,” katanya.

Bagaimanapun untuk rekod Umno memang akan mengadakan pemilihan tidak lama lagi, iaitu sebelum 19 Mei seperti yang dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.



Pada masa sama muncul desakan daripada pelbagai pihak termasuk dari sayap Umno agar dua jawatan tertinggi parti itu – presiden dan timbalan presiden – tidak dipertandingkan.

Ketika ini, sedang hangat perdebatan di kalangan akar umbi dan pemimpin Umno sama ada dua jawatan utama parti itu tidak perlu dipertandingkan atau tidak dalam pemilihan Umno akan datang.

Alasan dan hujah bagi mereka yang menyokong agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan adalah untuk mengelakkan perpecahan dalaman menjelang enam pilihan raya negeri.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah menyatakan kesediaan untuk dicabar manakala timbalannya Mohamad menyarankan supaya status quo untuk jawatan presiden.



Kedua-dua Zahid dan Mohamad menjadi sebahagian daripada kabinet Anwar Ibrahim.

Setakat ini, hanya bekas Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menyatakan hasrat untuk mencabar Zahid. Pencalonan belum dibuka manakala tarikh pemilihan juga belum diputuskan. Mk

Hishammuddin mahu bertanding jika laluan terbuka

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu



Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker