Calon PRU15, sokong Anwar bukan keputusan saya seorang – Zahid

Calon PRU15, sokong Anwar bukan keputusan saya seorang – Zahid

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan dan tuduhan mengatakan beliau bertindak sendirian dalam pemilihan calon pada PRU15 dan menyokong Anwar Ibrahim dalam penubuhan kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, proses pemilihan calon parti melibatkan rundingan di peringkat ‘top five’, Majlis Kerja Tertinggi dan perhubungan negeri melalui pengerusi-pengerusinya.



“Memilih gabungan parti lain sebagai gabungan bagi membentuk kerajaan perpaduan juga adalah bersandarkan persefahaman awal di peringkat parti kita bahawa tiada mana-mana parti boleh membentuk kerajaan.

“Maka dengan sebab itu rundingan dengan pihak luar perlu diadakan,” katanya dalam ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Zahid berkata, tidak adil menuding jari beliau membuat persefahaman awal dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan bersama selepas PRU15.

Beliau menafikan wujudnya perjanjian sulit, sebagaimana yang pernah ditandatangani 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tanpa pengetahuan parti sebelum PRU15.



Zahid turut menjelaskan daripada 119 calon Umno pada PRU15, hanya enam sahaja yang bertukar di saat akhir atas beberapa pertimbangan.

“Bakinya 113, adalah hasil rundingan dengan pengerusi perhubungan negeri bersama ‘top five’,” katanya.

Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 24 Nov lalu dan memimpin kerajaan perpaduan dianggotai PH yang mempunyai 82 kerusi, diikuti BN (30), Gabungan Parti Sarawak (23) dan Gabungan Rakyat Sabah (enam) serta parti lain dengan keseluruhan kekuatan kini hampir mencecah dua pertiga Ahli Parlimen. FMT

Calon PRU15, sokong Anwar bukan keputusan saya seorang – Zahid



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin



Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker