Bekas model jelita enggan mengaku beliau punca Putera Harry hilang teruna

Bekas model dikenali dengan nama Suzannah Harvey enggan memberitahu sama ada dia ialah wanita yang menyebabkan kerabat diraja Britain, Putera Harry kehilangan teruna, lapor portal berita The Sun semalam.

Wanita itu enggan memberikan penjelasan selepas Harry yang merupakan anakanda Raja Charles III, mendedahkan dalam buku memoirnya, Spare bahawa beliau hilang teruna kepada wanita lebih tua daripadanya ketika berumur 17 tahun di belakang sebuah pub di Sherston.

Ketika kejadian, Harvey ketika itu berumur 23 tahun tetapi kini dia sudah berusia 44 tahun.



Bagaimanapun, apabila didekati oleh wartawan Daily Mail di rumahnya di Cotswolds, kelmarin, model tersebut enggan mengesahkan sama ada dia yang menyebabkan putera tersebut kehilangan teruna.

Dia mendakwa teman lelakinya berada dalam SAS iaitu singkatan untuk Perkhidmatan Khas Udara yang merupakan sebahagian daripada tentera British dan model berkenaan memberitahu seorang wartawan untuk pergi dari rumahnya sebelum dia menghubungi polis.

Sebelum ini, aktres Britain terkenal, Elizabeth Hurley, 57, menafikan bahawa dia ialah wanita yang menyebabkan Putera Harry hilang teruna selepas khabar angin mengenainya mula bertiup kencang. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]



Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker