Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat

NURUL Jannah bersama suami berdepan pengalaman disoal Pegawai Penguatkuasa Agama. FOTO Ihsan pembaca.

Muar: Pengalaman bermalam di sebuah hotel pada malam sambutan Hari Natal yang lalu tidak dapat dilupakan wanita dikenali Nurul Jannah dan suaminya, Mohd Amirrul Amir apabila hampir ‘dicekup’ pegawai pencegah maksiat.

Bagaimanapun, kad perakuan nikah yang dibawa bersama menjadi penyelamat pasangan itu.

Berkongsi kisah itu, Nurul Jannah, 30, berkata, dia dan suami menginap di hotel berkenaan kerana ada tugas melukis inai untuk pelanggan yang sudah membuat tempahan di Sungai Mati, di sini kira-kira jam 6 pagi keesokan harinya.

“Oleh kerana perlu bangun awal, saya dan suami tidur kira-kira jam 12 tengah malam.



“Sekitar jam 2 pagi, kami dikejutkan dengan ketukan pintu bilik yang kuat dan terus terjaga.

“Keliru juga dibuatnya memikirkan kenapa ada yang ketuk pintu pada waktu itu dan suami pergi melihat melalui lubang pintu sebelum mendapati pegawai pencegah maksiat berada di luar bilik.

“Suami terus minta saya keluarkan kad pengenalan dan saya pula segera capai tudung untuk dipakai sebelum kami buka pintu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Nurul Jannah, bukan satu atau dua namun ramai pihak berkuasa datang ke bilik hotelnya.



Nurul Jannah berkata, belum sempat disoal siasat, suaminya terus menghulurkan kad pengenalan bersama kad perakuan nikah sebagai bukti mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.

“Pegawai berkenaan lihat kad pengenalan dan kad nikah kemudian mohon maaf kerana mengganggu sebelum beredar.

“Ketika itu, baru saya sedar betapa bergunanya kad perakuan nikah selepas hampir tujuh tahun berumah tangga,” katanya.

Katanya, dia dan suami memang sentiasa bawa kad perakuan nikah malah ia diletakkan di dalam dompet.



“Cuma, tak sangka ada serbuan hari itu, nasib baik kami bawa kad nikah.

“Mula-mula terkejut juga apabila dengar ketukan pintu awal pagi dan ingatkan pihak hotel kerana kerap juga tidur di situ namun rupanya pihak penguatkuasa. “Bagaimanapun, kami faham mereka hanya jalankan tugas,” katanya.

Berhubung perkongsiannya di Facebook (Fb), Nurul Jannah berkata, niatnya sekadar untuk berkongsi pengalaman.

“Nampaknya netizen terhibur dan sekurang-kurangnya mereka sedar pentingnya kad nikah itu.



“Pengajarannya, kad nikah penyelamat setiap pasangan tetapi ramai sebenarnya ambil perkara remeh.

“Sesiapa yg belum ada kad nikah, baik buat segera kerana sangat berguna masa keadaan begitu. Ini kerana ramai pasangan tidak ambil lagi kad nikah,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup [VIDEO]

InsyaAllah, Saya Akan Beri Titik Noktah Permasalahan Ini Dalam Masa Terdekat’ – Syamsul Yusof

Pelakon Syafiq Kyle Hadiah Vellfire Pada Keluarga, Netizen Sakat Kata Guna Duit ‘Rompakan’ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker