Tuan tanah saman Twitter kerana tidak bayar sewa ibu pejabatnya
Tuan tanah saman Twitter kerana tidak bayar sewa ibu pejabatnya
TWITTER disaman oleh tuan tanahnya kerana tidak membayar sewa untuk tapak ibu pejabatnya di pusat bandar San Francisco, yang mana platform itu dilaporkan melalui pemotongan kos yang besar di bawah Ketua Pegawai Eksekutif baharu, Elon Musk.
Syarikat itu berhutang AS$136,260 (lebih RM600,000) kerana sewa yang tidak dibayar, menurut tuntutan mahkamah yang difailkan pada Khamis oleh Columbia Property Trust seperti dilaporkan Mail Online
Pengecilan saiz telahpun bermula dan dijangka beterusan.
Twitter yang menutup pejabatnya di Seattle, lapor The Times pada Jumaat – turut memotong perkhidmatan kebersihan dan keselamatan di ibu pejabatnya.
Laporan itu mendakwa pekerja yang masih bertugas membawa kertas tandas mereka sendiri ke tempat kerja.
Musk membeli Twitter dengan harga AS$44 bilion (RM193.8 bilion) pada bulan Oktober dan telah mengurangkan kos dengan pelbagai cara sejak pengambilalihan itu.
Kakitangan pembersihan dan keselamatan juga telah diberhentikan dari pejabat syarikat di New York dan San Francisco.
Pada malam Krismas, Musk mengarahkan kakitangan ke pusat data di Sacramento untuk menutup pelayan utama sebagai langkah penjimatan kos, lapor Times.
Sementara itu, pemberhentian pekerja masih diteruskan dengan bahagian infrastruktur dan dasar awam syarikat turut dipotong bermula minggu lalu, kata laporan itu lagi.
Pekerja telah diarahkan untuk menangguhkan pembayaran kepada kontraktor atau vendor – termasuk akauntan dan perunding yang bekerjasama dengan syarikat itu.
Menurut laporan itu lagi, syarikat itu juga disaman kerana gagal membayar hampir AS$200,000 (RM881,000) untuk penerbangan sewa peribadi yang dibuat pada minggu Musk mengambil alih.
Pekerja menjangkakan lebih banyak pemberhentian akan datang, dedah laporan itu.
Tuan tanah saman Twitter kerana tidak bayar sewa ibu pejabatnya
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ismail Sabri & Hishammuddin dijangka tidak rebut jawatan Presiden UMNO, KJ mungkin buat kejutan
- Zahid maafkan 10 pemimpin UMNO, MCA dan MIC, mahu semua ‘move on’
- DUN Perak panas, Presiden PAS kaki ponteng parlimen
- Penceroboh Menara Merdeka 118 dedahkan kenapa menara ikonik Malaysia jadi pilihan
- Bantah undang-undang pro-LGBTQ, wanita singkap skirt tunjuk ‘karipap’ [VIDEO]
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Giliran Pakar Ekonomi bidas ‘jalan mudah’ Rafizi, kumpulan B40 tiada pilihan
- Reen Rahim sah bergelar isteri, terima sedulang barang kemas [VIDEO]
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Kes Shahrir tidak lengkap tetapi Tommy Thomas arah dakwa juga – Pegawai SPRM
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.