Gedung Tekstil Jakel Shah Alam Terbakar [VIDEO]

Gedung Tekstil Jakel Shah Alam Terbakar [VIDEO]

Gedung tekstil terkemuka, Jakel cawangan Shah Alam hampir musnah dalam kejadian kebakaran pada awal pagi ini.

Kebakaran itu difahamkan memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 7.08 pagi.



Susulan itu katanya, sepasukan pegawai dan anggota serta aset daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, BBP Kota Anggerik, BBP Subang, BBP Kota Raja, BBP Damansara, BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati kebakaran membabitkan satu lot kedai tiga tingkat yang sedang terbakar 80 peratus.



“Api berjaya dikawal dalam tempoh sejam dan bahagian dalam kedai didapati musnah dalam kebakaran ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba kini dalam tindakan pemadaman bara api di bawah timbunan kain.

Katanya, tiada mangsa dilaporkan terbabit, setakat ini dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.HM

Gedung Tekstil Jakel Shah Alam Terbakar [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker