Lelaki bertelekung mencuri dalam masjid mengaku bersalah

Seorang lelaki bertelekung dalam sebuah video yang tular sebelum ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam atas dua pertuduhan mencuri telefon bimbit jemaah wanita di dua masjid, minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Amirul Shafiq Abdullah, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Rezali, bagaimanapun mahkamah menangguhkan hukuman bagi menunggu laporan sosial tertuduh.

Mengikut pertuduhan itu, dia didakwa melakukan curi dalam bangunan dengan melarikan dua telefon bimbit milik dua wanita warga emas.

Perbuatan itu dilakukan secara berasingan di Masjid Al-Azhariah dan Masjid Al-Hidayah, Seksyen 18 Shah Alam, pada 6.25 pagi dan 8.50 malam, 20 Dis lalu

Pendakwaan kes dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, lapor Utusan Malaysia.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman memohon penetapan tarikh bagi mengemukakan laporan sosial tertuduh yang masih muda.

“Selain itu, pendakwaan menawarkan kos ikat jamin RM6,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin,” katanya.

Amirul tanpa diwakili peguam tidak membuat sebarang rayuan pengurangan kos jaminan.

Redza membenarkan ikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 17 Jan depan bagi pendengaran laporan sosial tertuduh.

Akhbar itu sebelum ini melaporkan perbuatan terkutuk seorang lelaki yang sanggup bertelekung untuk mencuri beg jemaah wanita di dua masjid di Shah Alam tumpas apabila dicekup polis.

Perbuatan itu dikesan menerusi satu video tular yang memaparkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lelaki memasuki ruang solat wanita untuk melakukan kegiatan melibatkan dua mangsa berkenaan.

Rakaman CCTV di dua lokasi kejadian mendapati suspek menggunakan taktik sama iaitu memakai telekung putih memasuki ruangan jemaah wanita.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker