Isteri belasah suami selepas temui gambar bogel dalam telefon bimbit

Trip percutian sepasang suami isteri ke negeri Carolina Selatan, Amerika Syarikat terpaksa dihentikan sebelum ia bermula apabila si isteri ditahan kerana menyerang suaminya di sebuah lapangan terbang selepas dia menemui gambar tidak senonoh pada telefon bimbit mangsa, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Paula Barbour, 55, didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap mangsa selepas konfrontasi ganas berlaku pada Rabu minggu lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Charleston, lapor stesen televisyen WCSC.

Polis bertindak balas terhadap insiden itu pada pukul 2.50 petang (waktu tempatan) dan mendapati pasangan tersebut sedang bertengkar selepas Barbour menemui gambar bogel pada telefon bimbit suaminya itu.



“Suspek menyatakan bahawa dia hanya mahu melarikan diri daripada mangsa dan pulang ke rumah,” demikian menurut laporan polis.

Barbour berkata, mereka tiba di Carolina Selatan untuk bercuti tetapi perasaannya bertukar marah apabila dia melihat beberapa gambar tidak senonoh pada telefon bimbit suaminya.

Mangsa bagaimanapun menafikan dia diserang tetapi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang menunjukkan isterinya menendang kaki mangsa, membaling telefon ke lantai dan cuba memukul mukanya.

Suspek akhirnya mengaku menyerang mangsa dan dia ditahan serta dibawa ke Pusat Tahanan Al Cannon. Dia  dibebaskan sehari kemudian dengan ikan jamin sebanyak AS$5,237 (RM23,166). – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker